Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

13 Mac 2013

Kuasa Minda dan Hukum Tarikan


hmmm.. macam tak bape nak menarik sangat kan tajuk diatas... nanti dulu... korang jangan cepat melatah dan cakap "adehh.. bosannya tajuk, takpayah baca la blog si liana ni..." hehehehe.. ada ke yang akan cakap camtu? 

hari ni sepatutnya aku ada Taklimat Kesedaran Perlindungan Diri dan Saringan Kesihatan... biasalah.. taklimat2 macam ni memang bukan favourite aku.. sekali lagi diulang, bukan favourite aku.. sebab?? aku malas nak layan orang yang sibuk nak tengok berapa berat aku.. boleh gitu? huhuhu... lagi tadi, pasal purple walk, semua staf wanita kena pergi kan 17hb ni.. ada orang tu sibuk tanya kenapa aku takdapat baju lagi? sambil senyum2 sumbing.. walaupun dah kata baju2 saiz besar petang karang baru dapat... adehhhh.... susah ke nak paham?? kang aku cakap tamil kang baru paham agaknya...

tapi2, taktau atas sebab apa, tajuk taklimat telah ditukar, (fuhhhh... lega...) tukar kepada Taklimat Kuasa Minda dan Hukum Tarikan.. apa tu? korang pernah dengar atau baca tak pasal benda ni?

ni kali kedua aku pergi taklimat ni... first time macam takpaham sangat.. kali ni, takde la beria sangat nak pergi pun, tapi sebab nama dah ada dalam senarai, terpaksa jugak lah pergi... huhuhu..

apa yang boleh aku simpulkan pasal menda alah ni, kita kena positif dan selalu positif... percaya pada kemampuan diri sendiri, yakin dengan kebolehan diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada... keypoint nya, POSITIF POSITIF DAN POSITIF... bayangkan apa yang kita nak, dapat ilham, teros buat... jangan dok bayang je.. tapi bila dapat ilham, buat dono je.... tak jadi ape lah kalau macam tu.... serupa macam angan2 mat jenin...

dan seperti biasa, kalau taklimat2 pasal meningkatkan self esteem ni haruslah ada hipnosis kan... alaaa.. yang soh pejam mata... lepas tu speaker tu cakap dengan nada yang slow, sedih. suruh kita bayangkan itu, bayangkan ini.... hmmmmm... meleleh jugak lah air mata ni.... okla tu, actually dari semalam aku rasa nak menangis, tapi macam ada benda yang menghalang yang membuatkan dada aku sakit... tapi bila dapat menangis tadi, teros hilang segala sakit didada.... semalam ada 1 perkara 'kesalahfahaman' yang terjadi di ofis, yang membuatkan aku tersentak sekejap.. kemudian aku teros pergi explain, tapi hati aku tetap tak tenang... nak nangis, tapi tak boleh... hari ni, lepas dihipnosis, teros keluar air mata tanpa dipaksa.. :)

lepastu suruh pulak isi form Senarai Kesyukuran, Pada Hari Ini Saya Bersyukur Kerana................. aku pon, isi form berkenaan dengan linangan air mata, air hidung semua lah.... hahahaha... kelakar pon ada jugak.. adehhh... 

ok, kalau nak tau lebih lanjut, moh klik kat SINI...


4 ulasan:

Hustler berkata...

Aku macam penah je dengan kaunselor nih. Tapi aku ta igt nama beliau, lau ikut gambo tuh, macam ye, hahaha... cam bengong, kena jawab soklan, kena wat itu, wat ini, kena wat balancing otak la.... pening aku.

LiaNa YuSoF berkata...

aah.. aku pon pening. haha.. kaunselor ni rozihaslina, pegawai IT aku.. 1 bahagian dgn aku.. dia wat kerja part time bg ceramah pasal kuasa minda ni..

Hustler berkata...

Hahahahaha..... ko ada buat balancing otak tak??? Aku lulus 90% ujian balancing otak, wakakakaka

LiaNa YuSoF berkata...

hahahaha..

lom2.. tak penah buat lagi.. bape la agaknya percentage balancing otak aku skarang ni ye? hahahaha..

ada tahap2 ke balancing otak ni? paling kronik berapa?

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."