Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

19 Februari 2013

Stress Aku Dibuatnya..


sekarang ni, hati aku makin tak tenang duduk kat meja ofis ni... setiap masa aku rasa ada orang mengintai dari luar bilik aku ni... ni pegawai ofis aku punya pasal la ni... dah aku terasa macam fobia pulak... huhuhu..

pegawai aku ni, LELAKI ok.. setiap kali dia lalu depan bilik aku, sama ada aku sedar atau tak sedar kehadiran dia, dia mesti akan stop dekat tepi bilik aku... tau x dia buat ape? aku pernah nampak apa dia buat... dia jalan slow2... melekap kat dinding, pelan2 aku nampak kepala dia kat tepi pintu, macam orang nak skodeng... kadang2 tu, aku sampai terperanjat tau tak sebab tiba2 ada kepala kat tepi pintu... badan taknampak.. adehh..




ok, nampak gambar di atas? kalau x belah kiri, dia akan mengendap dari kaca tu.. kalau kat belah kiri tu, aku boleh la perasan, tapi kalau dari kaca tu... adehh... kadang2 aku terkejut sebab ada 'lembaga' hitam disebalik kaca tu.. aku tak tau la dah berapa lama dia berdiri kat situ..

bila aku sedar dan terkejut, dia gelak, lepas tu dia blah..... adoooooiiii.. ko taksakit hati?? dan setiap kali dia buat, aku akan cakap kat dia, "heyy... takde keja betol.." nak dimarah, pegawai kot.. tapi takboleh la nak marah pon, perangai dia memang camtu.. salah seorang pegawai yang nakal kat ofis ni.. perangai macam budak2.. kadang2 aku rasa aku lagi matang dari dia tau.. huhuhu... 

lagi aku pernah kena sergah dengan dia.. nasib baik aku tak melatah bebukan... dapat yang melatah keluar carut2 tu, memang padanlah muka dia.. huhuhu... dan pernah sekali dia mengintai2, aku dah nampak dah, tapi aku buat tak tau je.. sekali bos aku keluar.. haaaa.. terkejut ko... "ha, ni kenapa ni?" er er er.. takde pape puan, pastu teros blah.. hahahahaha... padan muka... suka lagi kan mengintai anak dara orang..

hari ni je, 3 kali dia buat kerja hampeh ni.. dan lagi satu, dia tak perasan agaknya kat depan bilik aku ni ada kamera CCTV... hahahahaha... 

jadi sekarang ni, hidup aku dah tak setenang dulu.. cewah2.. yelah, kejap2 aku nak toleh kat tepi pintu tu atau kaca tu sebab aku terasa macam ada 'benda' kat situ.. huhuhu... 

8 ulasan:

wawa_addien berkata...

siapakah gerangan pegawai tu????

LiaNa YuSoF berkata...

hehehehehe... ade la kak wawa.. mana leh gtau.. kih3..

Hustler berkata...

1. Hayokk.. Mungkin Dia adalah jelmaan 'dia' yang nak ajak ko joget memalam.

2. Dia suka kat ko. Hahaha..... tak centre kepala otak sorang laki, skodeng tanpa sebab.

LiaNa YuSoF berkata...

1. malam tadi aku tido dengan lena nya sampai taknak bangun, jadi, 'dia' tu adalah mainan minda/halusinansi je (bak kata pak jabit) hahahaha...

2. takdelah.. kat sume orang pon dia buat macam tu... jadi otak dia memang tak centre la.. hahaha..

Hustler berkata...

1. Malam tadik adalah malam semayang halau antu bagi bulan Tionghua. Jadiknya, malam tadik 'dia' berehat.

2. Tak mungkin dia buat semua orang tiap masa sama macam tuh, Hahaha... Hoyeah!! Lia ada Secret Admirer Berjawatan Pegawai!! Hoyoyoyoyoyo

LiaNa YuSoF berkata...

1. yeke?? mana ko tau ni? ko 'bersahabat' dengan antu ea?

2. banyakla ko... pepandai je buat speku.. takde makna nya secret admirer ni.. beliau hanyalah seorang yang nakal.. fullstop!

zal88 berkata...

1. adakah die seorang yg nakal merangkap secret admirer

2. xde idea..sje je tiru korang..:P

Hustler berkata...

1. Hahahaha.. Aku bukan sahabt, aku membela.

2. Setuju ngan leha, Nakal merangkap secret admirer. wahahahaha

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."