Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

04 Februari 2013

Selayaknya Dari Dulu Lagi.. Tahniah...


Sumber : Kosmo Online

 

Aznil Nawawi terima gelaran Datuk

 
 
TUANKU ABDUL HALIM (kanan) berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada Aznil di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selebriti dan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi (gambar kecil) dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.

Aznil merupakan salah seorang daripada 283 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dikurniakan sempena Hari Wilayah itu.

Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada majlis yang diadakan julung-julung kali di Istana Negara, Jalan Duta di sini.'

Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam. 

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim ketika bertitah pada majlis tersebut mahu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas dalam aspek daya saing global, mesra perniagaan dan indeks kebahagiaan.

"Sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan setanding dengan bandar raya tersohor di negara maju," titah Seri Paduka.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

**************************************************************************************

Tahniah Datuk Aznil... 
(ke lepas ni nak panggil TokNil.. hehehe...)

4 ulasan:

Ifa berkata...

huiyoo.. daTUK tu..

LiaNa YuSoF berkata...

hmm... aku pon konpius.. ada yg tulis Dato'... ada yg tulis Datuk.. ahh.. mana2 je la.. janji bunyi nye sama... hehehe...

adianiez AIDA berkata...

tahniah tokNil...
layak!!!

Ifa berkata...

lau wilayah, agong yg bg, datuk.. dato' biasenye negeri..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."