Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 Februari 2013

Beliau Tiada Ganti







Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee


SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.


Latar belakang

Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang. P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.  P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



 Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962.

 
Perkahwinan 

P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961).Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan.

P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian. 


Filem dan lagu

P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga.


 Meraikan kejayaan meraih anugerah pada Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960 bersama pelakon Bat Latiff.



Zaman Kegemilangan dan Kejatuhan

Pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran ketika era di Jalan Ampas, P. Ramlee juga sebenarnya pernah melalui zaman kejatuhan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Segala-galanya bermula setelah beliau keluar dari MFP dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dengan menyertai Studio Merdeka, Hulu Kelang. Filem terakhir arahan beliau sebelum berhijrah adalah filem Tiga Abdul yang dilakonkan bersama Haji Mahadi dan S .Kadarisman. 

Bagaimanapun, karier P. Ramlee di Kuala Lumpur tidaklah seperti yang diharapkan. Beliau dilihat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan ketika di Jalan Ampas dahulu. Filem pertama arahan beliau yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Si Tora Harimau Jadian tidak mendapat sambutan peminat.

Kekecewaan terus melanda seniman agung tersebut apabila filem-filemnya selepas itu semakin kurang mendapat sambutan serta ada yang mendapat kritikan para wartawan. 

Dikatakan antara punca filem-filem beliau tidak lagi digemari adalah disebabkan selera penonton ketika itu yang telah beralih kepada filem-filem asing seperti filem Hong Kong, Hindustan dan Indonesia.

Lebih memeritkan lagi, nasib dan kehidupan P. Ramlee juga sudah jauh berubah. Malah, ketika meninggal dunia pada 29 Mei 1973, beliau sepatutnya pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan satu kes yang mana beliau menjadi penjamin kepada seseorang individu yang membuat pinjaman bank.


Penghargaan

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986. 

Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. 

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor. 

Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.



Sumber : Kosmo Online
Nak tahu lebih lanjut, klik SINI.

9 ulasan:

Hustler berkata...

Malam..... Bulan.. Di Pagar Bintang.... Makin Indah Jika Di Pandang...

LiaNa YuSoF berkata...

bagai gadis beri senyuman...
pada bujang idaman...

pendekar bujang lapok yang tengok 100x pon, tak jemu2... hahahahaha..

Hustler berkata...

Hahahaha.. Mak aku sampai runsing, ada citer P.Ramlee, dah berjuta kali tgk pon, dia kata aku sanggup berkelahi ngan adik2, pastu gelak sorang2. wahahahaha

LiaNa YuSoF berkata...

hahahaha.. ni kes berebut tv la ni..

aku slalu tengok citer P.Ramlee bila balik kmpg, ayah tengok, aku join sekaki.. hehehe.. sbb time ni je nak tengok ayah aku gelak.. kalau x, dia serius je.. huhuhu..

Hustler berkata...

Hahahahaha... hopkos la... lagik pulak balik kampung ada astro, tetengahari pon ada citer P.Ramlee kat 105, mmg aku la raja, wakakakaka.....

HAhaha.. biasa la tuh kot lau dah nama polis, muke nak cenge jek sepanjang masa, Hahaha... gedik tol.

LiaNa YuSoF berkata...

ko da sebijik perangai ayah aku, tengahari je, bkk astro prima.. lepastu ketawa sorang2... adehhh.. hahahahaha..

Ifa berkata...

so syuiiittt..!

LiaNa YuSoF berkata...

uitt... ape yg syuiiitttt nye?

Hustler berkata...

Hahahahaha.... Dah itu yang kuo, aku bukak la.... Adik2 aku kan ramai pompuan, pagi aku bagi la tgk tibi pepuas, pagi2 aku dah beli barang dapo, barang basah sumer, tghri, bagi lak aku tgk tibi, yang pompuan2 sila la masak kat dapo, wahahaha

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."