Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Disember 2012

3 Final Dalam Masa Seminggu


Assalamualaikum... 


wahhhh.... hari terakhir dalam tahun 2012... sekejap dan tak terasa masa tu bergerak dengan pantas... sedar2 esok dah 1 Januari 2013..... waduh2... eh salah.... Alhamdulillah... syukur Ya Allah... aku masih lagi diberi peluang berbakti untuk keluarga, masyarakat dan negara hingga ke hari ini.... esok, 1 Januari.. belum tentu lagi.. huhuhu.....

ok, lupakan sekejap kisah tahun 2012 yang akan berakhir hari ini, aku nak cerita pasal pertandingan2 (hiburan) yang telah pun melabuhkan tirai minggu lepas..


Vokal Bukan Sekadar Rupa


Juara Vokal Musim ke 2 - Uchop

serius aku takpernah tengok pon rancangan realiti ni.. dari musim pertama lagi... tentiba aritu final terasa nak tengok pulak.. hik3.. dengan adik aku selalu bahan aku "Na, masuk la vokal ni... kan sesuai dengan ko" cis2!! ok, lupakan.... T_T 

Uchop, merangkul gelaran Juara Vokal musim ke 2 sekali gus membawa pulang wang sebanyak rm100ribu.. *banyak wooo* wartawan ada cakap yang dia ni ada nilai komersial... tapi bagi aku.. hmmmm... suara dia bagus.. tapi dia tak versatile kot... hanya boleh bawak lagu genre rock.. dan suara dia terlalu rock macam suara rockers zaman 80-90 an.. rasa macam tak sesuai la dengan tahun sekarang ni... tapi, walau apa pun, kita doakan la Uchop ni berjaya ye.. ^_^  mana tau, rezeki dia dapat hasil atau rakam lagu rock yang best2 macam lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo.... kan......


Idola Kecil 5


Farra Idola Kecil 5

 
Finalis Idola Kecil 5... Darling (tempat kedua), Farra (Juara) dan Zul (tempat ketiga)

aku kagum gila dengan suara adik Farra ni.. sangat2 mantap.. aku tak percaya tu suara dia sebab aku rasa suara dia tu dah macam suara orang dewasa... huhu... aku pon bukanlah layan sangat idola kecil ni.. tapi since aku tertengok persembahan Farra masa dia nyanyi lagu Wujud, aku teros terlayan dan memang akan jangka Farra akan jadi juara... tahniah Farra... (Farra dah jadi idola kecil aku... hehehe..)


silalah tonton persembahan adik Farra ni (lagu Wujud)

masa Final, Farra bawa lagu Listen (Beyonce) secara acapella (betul ke aku eja ni? huhu) gila gempak... dan dapat lagu sendiri... tapi biasa la, lagu baru lambat sikit kita nak terima kan.. tapi lagu dia memang best... Anugerah..


Superstar Astro Ceria

haaa.. ni lagi 1 rancangan realiti kanak2 yang aku suka.... rancangan menari... suka sangat tengok adik2 kita yang pandai menari secara profesional...

adik2 Gemersik Tari, Juara Superstar Astro Ceria Musim Pertama

tau tak apa yang aku suka tentang kumpulan GT ni... adik2 ni bermula dengan tarian Zapin.. tapi setiap minggu, diorang tunjukkan kesungguhan diorang yang diorang bukan penari sembarangan... sekarang adik2 ni dah jadi penari versatile... semua jenis tarian diorang dah buat dalam tiap2 minggu cabaran.. salute kat adik2 GT ni... hehehe... adik2 GT ni dilatih oleh penari profesional Alam Wakaka Crew...

*
*
*

sekarang banyak program2 baru dan sedia ada kat tv kan? dengan maharaja lawak mega 2012, fear factor, minggu depan dah nak AJL.. sekarang pon dah start undian untuk ABPBH 2012.. macam2...

pssstt : kesian betol kat Roslan Syah & Azam Pitt.. aksi pertama fear factor dah tersingkir.. takpelah.. bukan rezeki...




Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."