Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

14 November 2012

Tak habis-habis diorang ni... hmmm.....


Dakwaan Polis Rogol Wanita Indonesia: Bendera Malaysia Dibakar Di Indonesia


JAKARTA: Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara di sini pada Selasa.

Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu.

Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.

Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara antara lain bertulis 'Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia'.

Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom, mengawal ketat di kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu sepanjang demonstrasi berlangsung.

Sejumlah besar anggota polis Indonesia turut berkawal di luar bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jalan H.R. Rasuna Said, Kuningan bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi di situ, namun bas yang membawa kumpulan dari Bendera itu hanya melalui kawasan itu. - BERNAMA

***********************************************************************************

aku tau perkara ni sangat serius... anggota polis beb... polis yang sepatutnya menjaga keamanan negara dan melindungi masyarakat jadi dalang.. tapi betol ke? entah2 ada yang menyamar jadi anggota polis.. kita tak tau kan.. dah selalu terjadi, penjenayah menyamar jadi polis... tapi kalau betol polis yang buat, pihak berkuasa perlu buat sesuatu.. perkara ni dah kira menjejaskan nama baik PDRM..

tentang laporan di atas, aku pelik betol la rakyat Indonesia ni.. asal ada isu je, nak buat demonstrasi.. bukan lah tak boleh buat.. kita sebagai rakyat ada hak.. tapi kan boleh buat secara aman... tak payah la nak serang2 kedutaan, tak payah la nak ugut2 pemimpin.. nampaknya pemikiran mereka masih cetek..

kat Malaysia ni, dah banyak berlaku kes jenayah yang melibatkan warga asing.. orang indon samun dan rogol, mencuri, membunuh, warga afrika menipu anak gadis melayu, penyeludupan dadah dan wang palsu.. warga india, warga bangladesh, warga china , warga filipina dengan pemerdagangan orang, khidmat seks, dan macam2 lagi kes2 yang melibatkan warga PATI kat Malaysia ni.. ada ke rakyat Malaysia yang takpuas hati pegi serang tiap2 kedutaan warga asing yang buat jenayah tu.. ada?? tu la yang membezakan manusia bertamadun dengan tidak bertamadun..

dah2 la tu... jangan asyik nak salahkan orang lain.. cermin diri dulu.. banyak cara kita boleh usulkan bantahan, laporan dan ketidakpuasan hati.. semua negara ada undang2... jadilah manusia yang bertamadun, yang ada ilmu, yang berotak dan punya akal..  janganlah jadi seperti "sepuluh jong kapal berlabuh, anjing tetap bercawat ekor"


10 ulasan:

Ifa berkata...

betul ! aku stju. nympah la.. dorang tu lg la byk wat jenayah kat msia xde lak kite nk g serang kedutaan die or pulau org2 die kat sni.. memg x bertamadun.. aku stju sgt2 pndpt kau !! gggggrrhhh!!

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

aku pun setuju ngn lily..tulah nk buat cmne..diorang mmg pantang silap cikit, semua nk diserang..xpe, yang penting, kita jangan lah wt cm diorang..kita ni orang ade2 tau..hahaha

LiaNa YuSoF berkata...

orang ade2 tu ape timah? hahaha...

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

samada cincin tembaga atau cincin berlian...hahahaha

Hustler berkata...

Hahahahaha... Biasa la, bangsa yang tak pernah dapat terima kejtuan cikit, tapi, ngaku gah, sumer hebat, kes nih dibesar2kan, tuh yang israel serang gaza tuh, ape tak wat tunjuk pasaan?? ape tak halau kedutaan amerika?? sembang la.....

LiaNa YuSoF berkata...

hmm.. tu la.. ha, pasal israel serang gaza tu, kat malaysia ni ada jugak wat demonstrasi aman kan.. tade pon g serang2 kedutaan.. tah pape tah mereka.. huh!

Hustler berkata...

Kannnnn??? blah r.. ntah nape aku benci ngan kaum aku sniri, wahahaha... bongok tol, tak sia2 jek atok aku belayor jauh2 dari kepulauan jawa tuh, rupa2nyer dia nak selamatkan keturunan dia dari jadik cam diorang2 kat sanun agaknyer.

LiaNa YuSoF berkata...

huhu... lupe pulak ko org jawa.. hik3.. ala.. kebanyakkan org malaysia ni pon toknenek asal dari sana.. tp syukurlah.. dapat dok malaysia ni.. aman.. damai.. walaupun politik macam haremm..

Hustler berkata...

Hahahahahaha...... keturunan taleh luper, kihkihkih..... hahahaha.. poltik tayah babitkan, mana politik pon, mesti kotor punyer, mana ada politik bersih?? sumer mmg kena men lobi melobi, tade yang bebetul true la senang citer.

LiaNa YuSoF berkata...

upss.. tercakap politik pulak.. hihi.. tade, cuma nak bgtau kat malaysia ni sume nya ok, kecuali politik.. negara mana2 pon sama.. betol la ko ckp tu, takde yg bebetul true.. hehehe.. (da betul, true lagi.. hahahahahaha)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."