Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

06 September 2012

Sory, Aku Tak Minat...


Apa kata artis: Fenomena Gangnam Style
AKMALIAH RAZAK
5 September 2012 
 
Apa kata artis: Fenomena Gangnam Style
 
Apa kata artis: Fenomena Gangnam Style
 
BILA disebut, Gangnam Style, pastinya minda kita mula terbayang rentak muzik dan tarian kuda yang dilakukan oleh penyanyi Korea, PSY.

Bukan sahaja berjaya meledakkan fenomena di negara mereka, malah cara tarian lawak itu turut mempengaruhi minda seluruh masyarakat termasuk negara kita.


Mana tidaknya, sejak rakaman video ini diperkenalkan di YouTube, ia dapat menarik perhatian jutaan penonton.


Malah, rata-rata masyarakat mula memperkatakan mengenai Gangnam Style. Bukan sahaja masyarakat, golongan artis juga tidak terkecuali dalam mengikuti perkembangan muzik baru ini.


Jom kita tinjau pandangan selebriti kita mengenai Gangnam Style!


Esma Daniel

"Gangnam Style ni turut menjadi fenomena di negara kita, di mana sahaja orang bercakap mengenainya. Tapi, dari segi penyampaian, saya tidak berapa jelas sangat. Ia lebih kepada hiburan berbentuk tarian. Namun, seperti yang kita ketahui, perkara yang mengasyikkan tidak boleh ditonton sehingga menyebabkan diri kita lalai. Boleh tengok, tapi jangan terlalu fanatik sangat dan jangan pula kita secara terang-terangan memboikot muzik sebegini. Anggap sahaja ia sebagai bahan hiburan semata-mata.”

Ana Raffali

"Apa itu Gangnam Style? Saya tidak tahu langsung mengenainya dan tidak pernah ada yang bercerita kepada saya mengenai muzik itu. Lagipun, saya tidak kenal penyanyinya dan tidak pernah menonton video itu.”

Nabil Raja Lawak

"Saya memang minat sangat tengok video Gangnam Style ni. Bukan sahaja muziknya yang catchy, malah tarian kudanya juga mempunyai karakter dan seni yang tersendiri. Saya berhasrat untuk menghasilkan lagu parody Gangnam Style selepas ini. Saya yakin, Gangnam Style mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.”

Mohd Mentor

"Idea yang bagus yang boleh dikongsi bersama masyarakat. Sebelum ini, tak pernah ada lagi muzik dan video tarian seperti itu. Ia satu percubaan yang baik dan mendapat sambutan di serata negara. Tidak salah sekiranya ia menjadi trend muda mudi kini yang sememangnya mahukan sesuatu yang baru dan lebih relaks.”

Kamal Adli

"Industri seni kini kian berkembang maju dan ia turut disertakan dengan kemunculan idea baru yang boleh diikuti. Selain mempunyai muzik yang rancak, ia juga mempamerkan cara tarian unik yang boleh diterima masyarakat. Saya pun ada sekali sekala menonton video tersebut dan sememangnya ia ringkas dan menghiburkan.”

Black

"Saya tengok video tu, biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa untuk diagungkan. Saya juga pelik bila masyarakat mengatakan bahawa muzik itu bagus dan sangat menyeronokkan. Bagi saya, ia hanyalah tarian biasa dan tidak mempunyai apa-apa. Tidak perlu rasanya kita mengangkat muzik sebegitu kerana banyak lagi tarian dan muzik di negara kita yang boleh diikuti. Lagipun, ada babak video yang tidak elok dipertontonkan kepada kanak-kanak dan boleh merosakkan minda.”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ni kenyataan bukan artis : (hikhikhik)
aku sokong apa yang Black katakan... tapi, aku lagi setuju dengan Esma Daniel.. tapi takdelah macam Ana Raffali, taktau langsung kan.. hehehe.. dan secara jujurnya, aku takpernah tengok pon video menda alah ni.. yang kata nya da cecah 70juta kat youtube tu.. dan tak terasa nak tengok pon.. tapi aku takdelah sampai taktau pasal gangnam ni.. lagu dah bersepah2 kat corong radio.. semua stesen radio suka putarkan lagu ni kan.. dengar okla... tapi kalau kita tengok, cuba bayangkan impaknya, lagi2 pada budak2 dan remaja.. takpayah budak2 dan remaja la.. yang dah dewasa pon.. bagus ke? pikir2kan lah... maaf la ye peminat2 PSY.. ni pandangan aku je.. katanya suka2 je tengok.. tarian tu catchy, boleh release tension.. okla tu.. seperti yang aku kata tadi, tu cuma pandangan aku.. terima xterima terpulang kat korang la.. jangan maki2 aku pulak pasni... hehehe..


sumber : sinar harian

9 ulasan:

Hustler berkata...

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

Ifa berkata...

ak tgk 2 saat je trus tutup.. x mint lngsung.. huh

LiaNa YuSoF berkata...

mawi : suke ko ea...

efa : ko ok gak, penah gak la tertengok 2 saat, aku tade hati pon nak tengok... hak3.. pengantin, bila nak wat open house? hahahaha...

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

aku pn sama ngn ko moos..baru tgk bape saat terus tutup, xmenarik hatiku langsung..huhu

Hustler berkata...

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

Heeyyyyyy~~~ Sexy ladyy~~~

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

Cik Fara berkata...

walaupun aku minat korea tapi aku tak gemar sungguh ngan gangnam style ni.....tgk penyanyi dia je aku da tak gemar...(hiks...memilih, nak korean yang ensem2 je, opkos la)...PSY tu da pakcik2 da kot..

Hustler berkata...

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

Heeyyyyyy~~~ Sexy ladyy~~~

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

Aku minat kereta korea jek...

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!


LiaNa YuSoF berkata...

mawi dah dirasuk gangnam... hmmm...

wah, nmpk nya ramai yang sependapat ngn aku.. hehehe.. ok mawi, g main jaoh2.. hak3 :p

Hustler berkata...

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

Heeyyyyyy~~~ Sexy ladyy~~~

Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Woop!! Oppa Gangnam Style!!!

(berlalu sambil menari2 gangnam)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."