Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

02 Ogos 2012

Disepit dua bas


NAHAS...anggota polis trafik menyiasat kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri, semalam. Gambar  kecil, Noor Edayu.
NAHAS...anggota polis trafik menyiasat kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri, semalam. Gambar kecil, Noor Edayu.

KUALA LUMPUR: Selaku anggota polis trafik, menguruskan mayat mangsa kemalangan sudah menjadi sebahagian tugasnya, namun tidak pernah terlintas di fikirannya satu hari nanti akan mengendalikan kemalangan maut membabitkan anak dan menantunya sendiri.
Itulah kesedihan terpaksa ditanggung Pembantu Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil sejurus diberitahu anak kedua dan menantunya terbunuh selepas tersepit antara dua bas dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Jalan 15/56, AU3 Keramat, Taman Setiawangsa, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, anak Roslan, Noor Edayu, 26, yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala suaminya, Koperal Hafeeze Mohd Hanafi, 30, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.
“Kebiasaannya arwah memandu ke tempat kerja selepas menghantar anak sulungnya yang berusia dua tahun ke rumah pengasuh, namun berlainan dengan hari ini (semalam), dia membonceng motosikal bersama suaminya,” katanya sebak.

“Saya tidak menyangka arwah pergi meninggalkan kami kerana ketika berbuka puasa bersama-sama Ahad lalu, tiada tanda pelik yang ditunjukkan melainkan arwah ada memberi wang perbelanjaan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya sebak.

Menurutnya, arwah Noor Edayu bekerja sebagai pembantu tadbir di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) manakala suaminya bekerja di Pusat Komputer Pengurusan Gaji, Kementerian Pertahanan.
Roslan berkata, jenazah Noor Edayu akan dikebumikan di kampung mereka di Masjid Tanah, Melaka manakala Hafeeze akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua bas sekolah, dua motosikal dan lima kereta.
“Mangsa tersepit di antara dua bas sekolah yang sarat membawa penumpang. Keadaan jalan cerun menurun dan ketika itu cuaca dalam keadaan baik,” katanya.

Katanya, pemandu bas sekolah berkenaan yang patah kaki kanan sedang dirawat di HKL akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, bas yang dipercayai menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit dan merempuh sisi kanan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.

Berikutan hentakan yang kuat itu, bas sekolah yang dirempuh kemudian melanggar sebuah Proton Waja di hadapannya manakala sebuah Perodua Kancil dari arah bertentangan yang cuba mengelak melanggar sebuah motosikal lain.

Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu bas yang dirempuh cedera dan seorang pembonceng motosikal patah kaki kanan.

________________________________________________________

Sarjan Roslan adalah jiran aku masa duduk AU3 dulu... tak sangka kak edayu rupanya yang terlibat dalam kemalangan ni... adik beradik kak edayu ni ada yang sebaya dengan aku (ezzad) dan sebaya dengan adik aku (ezza).  aku tengok berita malam tadi, dan nampak pakcik Lan kat tv, tapi aku tak tengok berita pasal apa.. aku sangka macam pakcik Lan kan polis, dia tengah uruskan pasal kemalangan tu la kot.. tadi bukak mymetro, tengok gambar kecik tu, tersentak aku.. eh, ni kan kakak dak ezza? 

Takziah untuk pakcik roslan sekeluarga.. semoga roh arwah, suami dan baby dalam kandungan dicucuri rahmat.. Al-fatihah...
 

7 ulasan:

yana dayana berkata...

Lili, semlam...pg2 lg kt mindef dah kecoh pasal kes kemalangan ni sbb saksi kemalangan tu ckp mmg hentaman kuat n semua mjerit pasal tgk arwah n suaminyer 2 2 kt bwh bus... suami arwah tu Tentera Darat keje kt Bhgn UGAT... mmg sayu je hati dgr berita ni smlm.. tmbh lg bc berita kt paper :-(

Semoga kedua2 arwah dicucuri rahmat...

LiaNa YuSoF berkata...

tu la.. td call mak org pon, dia tkejut, sbb smlm dia xtgok berita.. ayah pon xtgok agaknya.. xsangka betol mcm tu cara dia pergi.. :( cerita kat mak pon, mak macam sedih sbb dgr suara dia sebak..

kawasan situ mmg bahaya sikit.. sbb jalan kt situ berbukit..

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

sayunye..cian lah tgh sarat mengandung....dah ajal kan...moga2 roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman.....

Ifa berkata...

aku tngok kat brita smlm pun sdh sgt.. kesian sgt2 kat dorang.. semoga dorang t'golong dari org2 yg dirahmati Allah rohnya..

zal88 berkata...

la yeke..takziah..
ak pun baru baca paper ni ar.tu la da la tgh mngndung..nak dijadikan 'punca' sbb naik moto,pdhl sblm ni naik keta..al-fatihah..smoga rohnya dicucuri rahmat n dtempatkan di kalangan orang beriman..

LiaNa YuSoF berkata...

mungkin tu bahagian mereka.. bahagian kita tak tau lagi macam mana.. T_T

eynda berkata...

Al-Fatihah buat kedua-dua arwah...sedihnyer meninggal dgn cara macam tu... :-(

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."