Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

03 Ogos 2012

Sanggup Berjaga..


AKSI Chong Wei ketika menentang P Kashyap di suku akhir, awal pagi tadi. - Foto REUTERS 
 
Akhirnya, dapat jugak Datuk Lee Chong Wei lepas ke peringkat separuh akhir.... Alhamdulillah..... aku ni sanggup berjaga malam tadi sebab nak tengok perlawanan antara Malaysia dengan pemain India ni.. Kasyap nama nya....
 
perlawanan malam tadi start lambat... pukul 12 tengah malam... mata aku ni dah macam kena gam... so, aku tidur2 ayam dulu depan tv.. bila da start je, mata teros segar bugar kan... hahahaha... menarik betol perlawanan malam tadi.. kira Chong Wei terpaksa bekerja keras jugak lah masa game 1.. terer jugak mamat India ni.. dia je yang asyik mendahului mata... Chong Wei hanya dapat mendahului dak Kasyap ni masa mata ke 20.. terer x terer mamat tu..
 
tapi game kedua, Chong Wei tak kasi can da.... kasi hantam.. dan akhirnya, Chong Wei menang bergaya 21-19, 21-11... tahniah2.... rasanya lepas ni Chong Wei kena berhempas pulas jugak sebab lawan dia bukan calang2... pemain dari china, Chen Long..
 
aksi2 suku akhir sebelum ni pun aku tengok jugak.. Chong Wei lawan pemain Finland, Ville Lang 21-8, 14-21, 21-11 dan aksi kedua Chong Wei berdepan pemain dari Indonesia, Simon Santoso.. game yang ni aku suka, sebab Chong Wei main dengan sangat bergaya, 21-12, 21-18...
 
harap Chong Wei dapat bawak balik pingat.. sebab Malaysia sekarang ni belum beroleh apa2 pingat lagi.. tak kisahlah pingat apa sekalipun, tapi kalau dapat bawak balik pingat emas, tu dah menjadi 1 kebanggaan 28juta rakyat Malaysia..
 
tahniah jugak kat pemain beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang terlebih dulu menempah tiket ke peringkat separuh akhir.. 

haa.. semalam tengok kat tv, Baskin Robin nak bagi aiskrim percuma pada 8 ogos, 8.00-10.00 malam kalau atlet Malaysia menang pingat emas .. best kan? hehehe...


2 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

amboi, sanggup berjaga tu...time ko berjaga tgk badminton, aku lak g lelapkan mata...haha

LiaNa YuSoF berkata...

hehehe.. ni semangat kesukanan nama nya... hak2... sangatlah! aku bersenam pon idok skrg ni.. hahaha..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."