Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

25 Julai 2012

Tolong Tok, Datanglah Bazar Hari2... huhu..


Assalamualaikum...

sebelum aku meneruskan cerita ketidakpuasan hati aku, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya (Malaysia All Stars)... walaupun kalah kepada Arsenal dengan 2-1, tapi boleh dibanggakan sebab kira oklah dari 4-0 tahun lepas kan.. hehehehe..... tak kesah menang atau kalah, aku tetap sokong! aku takdapat tengok pon perlawanan malam tadi... tapi aku memang exaited nak tahu keputusan nya.. xpe, hari ni atau esok dah boleh call astro.. pasni boleh lah layan bola sokmo.. hahaha... takpayah pelik sangat, minat orang lain2.. jadi terima lah keadaan diri aku seadanya yang minat bola, walaupun aku hanya minat tengok pasukan negara sendiri je... MU, Arsenal, World Cup, EURO semua aku tak layan.. asal yang main tu Harimau Malaya ke, Harimau Muda, aku layan je.. hehehe...

ok, masuk cerita ketidakpuasan hati.... semalam, aku pergi lagi Bazar Ramadhan kat Putrajaya ni.. kelmarin seronok sangat pusing2 satu bazar walaupun aku hanya beli karipap sardin rm1 dan lauk pajeri nenas rm2... semalam kan nak berbuka rumah wana, jadi aku ingat nak beli la kuih2 sikit.. datang rumah orang bawak perut je macam takbest pulak kan... ha, wana masak sedap semalam.. kari ikan dengan sayur campur + cendawan.. nyum2!! 

ok, sebab apa aku seronok pergi bazar kelmarin, sebab aku pelik kenapa semua harga kuih 3keping rm1.. pelik x? pelik x? kat putrajaya ni boleh jumpa lagi kuih harga cam gitu... huhu.. best2!! tapi sayang, aku beli karipap je... huhu.. yelah, aku makan sorang je, xkan nak borong semua kuih pulak.. nasib aku baik sebab aku tak berapa nak bernafsu sangat tengok makanan2 kat bazar dalam tempoh 2 hari ni... 2 hari je la, pasni taktau lagi... hahaha.... aku pon dok tanya kat timah, betol ke 3 seringgit ni? macam takpercaya pulak.. timah pon takbape nak percaya... aku sampai cakap, agaknya peniaga2 ni dah buang tebiat kot... hahahaha... yela, taon lepas harga sekeping kuih adalah 40sen..... xde dah harga 3 seringgit.. dah takjumpa dah harga camtu kat putrajaya ni.. kat kampung2 ada la...

TAPI!!! semalam, aku terkejut beruk bila tengok harga kuih... 50sen kau!!! aihhh!! semalam 3seringgit, hari ni dah bertukar satu 50sen?? biar betol???!! aku memang takpuas hati betol... semua kedai aku pergi, kecuali kedai karipap yang aku beli tu still maintain 3seringgit.. rasa macam tertipu tak?? aku punya lah exaited nak cari kuih best2, sekali tengok harga dah tukar 50sen, dahtu kecik je.. rasa macam tak berbaloi langsung! teros dah takde hati nak beli kuih..... huhu... 

ok, aku bukan lah kedekut pon, tapi rasa macam tertipu... hari kelmarin tu aku ada nampak menteri kpdnkk datang kat bazar.. takkan la pasal menteri datang ko turunkan harga, menteri takdatang ko naik harga balik? ni yang aku nak suruh apak dafi datang hari2 kat bazar ramadhan ni... huhuhu....memang gila kan? sama lah macam timah yang dicekik peniaga ikan bakar, jual sotong bakar sampai rm15 sekor.. logik tak?


12 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

huhu...mmg kenelah suh bapak si dafi tu mai buat spotcheck pn bagus..biar makcik jual sotong tu kene...hahahahaha (masih dalam kesedihan mengenangkan harga sotong semalam..huhu)

LiaNa YuSoF berkata...

amacam rasa sotong tu? ikot piawaian tekak ko x? hahaha...

aBoi berkata...

kesiannye korang.. mahal gila kuih muih kat sana.. kat Melaka ni alhamdulillah la masih boleh dapat 3 singgit...

semalam aku pestime pegi bazaar tahun ni.. beli la kuih serba sikit.. aduh mak aih la... x sedap.. tak menepati langsung piawaian citarasa aku..huhu

LiaNa YuSoF berkata...

tu la... kat melaka bole lagi dpt yg murah.. tapi kan.. nak masak pon dibulan puasa ni agak malas sikit.. huhu...

dayah, bila dtg KL lagi? bila nk dtg umah aku? hehe..

Cik Fara berkata...

yang kuih rm0.50 tu ko pegi tgk kat kedai yang same sebelum ni 3 singgit tu jugak ke?atau kedai lain??

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

boleh la li, tp aku mkn xabes pun sbb cm jauh hati dgn harga die yg melampau tu..huhu

LiaNa YuSoF berkata...

Fara : kitorg pergi hari isnin, bole dikatakan semua kedai harga kuih 3singgit.. hari selasa pegi tengok da jd 50sen.. tak ke pelik? hari isnin tu tokmenteri kpdnkk ada dtg jenguk gerai2.. xkn la tokmenteri dtg, harga turun, tokmenteri xdtg harga melambung.. tah pape.. kuih yg dipotong besar, mcm saiz stamp pad tu adalah rm2.. gila x?

Hustler berkata...

Hahahahahahahahaha.... Penah beli kat bazaar, ayam percik yang bahagian kepak sahaja, diulang, KEPAK SAHAJA, tiada sambungan bahagian drumet kecik tuh, adalah 6 hengget seketol. Wakakakaka.

LiaNa YuSoF berkata...

skarang semua dah naik harga.. hmm.. nasib baik la murtabak ok lagi.. roti boom yg tecik tu pon dah 1.20.. hmm.. kt putrajaya ni, harga ayam percik separuh dpt lagi 8ringgit.. paling mahal pon nampak 9ringgit.. okla kot.. eh, entah.. aku jarang beli ayam percik.. hehe..

Hustler berkata...

Hahahaha... ayam percik yang aku maksudkan adalah di putrajaya presint 2. NGeee...

LiaNa YuSoF berkata...

oh.. ko slalu la ea dtg bazar kt putrajaya ni.... hehehe..

Hustler berkata...

Aku dari dok gombak lagik, putrajaya tuh aku buat macam danau kota.. wakakakaka

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."