Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

18 Mei 2012

Mulut... Hati...


Assalamualaikum...

2 hari lepas, sempena hari ibu, siapa yang tengok drama Hilangnya Doa Seorang Ibu?? Ok, entry ni nak buat semalam, tapi aku tak sempat pulak.. 

Hari ni aku ingin membuat pengakuan bahawa, aku telah menangis teresak2 kerana drama ini.. huhuhu... T_T ala, aku tengok apa je tak nangis.. sangat cengeng aku ni.. tapi serius, drama ni sangat meninggalkan kesan pada diri aku..

Ianya berkisarkan tentang seorang anak/adik/kakak/pekerja/majikan (ok, aku gabungkan semua la ye...) yang bagi aku sangat hipokrit.. depan orang, sangatlah baik.. boleh dikatakan menjadi contoh muslimah moden kerana berjaya dalam kerjaya, seorang yang alim, tak tinggal solat, selalu bersedekah dan menderma.... tapi disebalik kebaikan dia tu, dia seorang yang ego, suka maki hamun abang dan adik dia yang hidup susah, sombong dan bongkak dengan suami dan macam2 lagi la..

yang paling terkesan aku dengan watak si Laila ni adalah MULUT dia.. mak aiii... berdarah telinga dengar dia maki hamun adik beradik dia.. kalau kena kat aku pun, aku memang takkan maafkan.. 

mak dia nak pergi umrah... tapi Laila yang sombong lagi bongkak ni siap suruh mak dia doakan dia dapat projek bernilai 10juta.. pastu siap bagi duit poket 1k kat mak dia untuk shopping.. siap perli2 abang dengan adik dia lagi, nak kata yang diorang tu takkan mampu nak bagi duit kat mak sebanyak tu....

part yang paling aku sedih sekali masa sebelum mak dia nak pergi umrah, mak dia pesan kat anaknya yang sulung, along supaya jaga adik2.. jangan berpecah belah... JAGA MULUT... JANGAN SAKITKAN HATI... tu je yang selalu mak dia pesan.. si Along ni pun minta maaf kat mak dia sebab tak mampu nak bagi kemewahan kat mak dia, sebab dulu2 dia selalu janji nak bahagiakan mak dia, tapi dia tak mampu.. lepas tu mak dia pesan pulak kat si adik, bagi duit 1k yang Laila bagi kat dia kat si adik sebab hidup keluarga si adik ni susah, suami sakit.. tapi bila tau mak bagi duit kat adik, si Laila ni maki hamun adik dia dan paling best, mak dia tampar dia.. padan muka..

bila mak dia da pergi umrah, sehari 5x dia call mak dia supaya jangan lupa doakan dia dapat projek 10juta tu.. bukannya nak tanya pasal kesihatan orang tua tu..

satu hari, si abang ni datang jumpa adik kat ofis sebab nak pinjam duit, isterinya nak bersalin, kena operate sebab ada masalah.. Laila ni bagi, tapi dia punya merungut tu siap cakap "ha, ni datang nak suruh angah cop duit lagi la ni??" sadiskan..? malunya muka.. tapi terpaksa pinjam jugak demi isteri.. lepas tu dia baling duit tu sampai berterabur duit ke lantai.. masa abang dia kutip duit tu, dia langgar pulak abang dia sampai jatuh terduduk.. sampainya hati dia..

mulut dia merungut2 sampailah abang dia keluar dari ofis.. lepas je abang dia keluar, tak sampai beberapa saat, tiba2 dia kena serangan stroke... dan yang paling malang, mulut dia terkunci..

dah lah mulut terkunci, lepas tu mulut tu bernanah2... keluar ulat... tu la balasannya kan... mulut yang selalu menghina, maki hamun... dengan adik beradik sendiri pulak tu... 

last sekali Laila tu taksempat nak minta maaf kat mak dia sebab mak dia dah meninggal di Mekah.. tapi roh mak dia ada datang, sapukan air zam2 kat mulut dia yang bernanah sambil cakap.. "tu lah, mak dah pesan banyak kali.. jaga mulut, jangan sakitkan hati orang" part ni lah aku menangis teresak2, sebab Laila tu meraung2 panggil mak dia nak minta ampun, tapi mak dia dah takde..

lagi yang buat aku teringat2 sampai sekarang tu, si Laila tu kan angah, aku pon angah.. jadi aku takut aku jadi macam Laila.. huhu.. minta jauh lah... selama ni, ada la jugak gaduh adik beradik.. tapi tak pernah la sampai menghina sebab aku pun bukan belajar tinggi sangat.. setakat diploma dan kerja setiausaha je.. adikberadik mintak duit tu selalu jugak dan kadang2 merungut jugak sebab aku pun gaji bukannya besar sangat.. tapi aku tetap bagi sebab aku tau adikberadik aku semua belajar lagi..

tapi tu la... aku takut dalam aku merungut2, ada adikberadik aku yang kecik hati.. sebab tu aku tekankan kat sini, MULUT dan HATI.. bukan dengan adikberadik je.. tapi orang disekeliling kita.. saudara mara, kawan2, teman sekerja...

terkesan dengan drama ni, dan juga 'mimpi' buat aku takut dan insaf.. harap2 insaf ni bukan 'insaf sebentar' dan aku akan tanamkan dalam diri, hati dan kepala aku, kalau kita jaga mulut kita, pasti kita takkan sakitkan hati orang lain..


4 ulasan:

Cik TTK berkata...

aku tengok citer ni..akak aku pon nangis wei...part die langgar abang die tengah kutip duit tu memang sedih..siyes rasa nak tampo je mulot si laila tu..tapi nak tampo time xde ulat lah..geli aku..tengok ulat macam nak masuk lobang idong dah..yekkk

LiaNa YuSoF berkata...

haha.. akak ko sejiwa dgn aku.. mmg rasa nak tampo.. aku taktahan tengok muka abg dia masa tu..

zal88 berkata...

ak tgk2x..hehe..tu la mmg mulut die rasa nk tampo je..klau nk bg,bg je la..xyh la nk mrungut,pstu leh lak bling duit n lggar abg die tu..da mcm abg die tu pmintak sedekah plak..ak xtgk pun part yg ulat kuar dr mlut die tu..pstu sian adik die mse kt umah mak die tu kn..klau ak pun,peh mkn dlm tu..ngn suami die pun die wat cmtu..eh,ngn smua org la die wat..

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

nampaknya cuma aku yang tak tengok drama ni..huhu

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."