Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

18 Mei 2012

Cikgu.. oh Cikgu...


Masih berkisarkan tentang Guru.. tapi kali ni aku bukanlah nak memburuk-burukkan cikgu aku.. tapi aku nak cerita pengalaman aku, cikgu yang sangat2 meninggalkan memori dalam ingatan aku.. hehe..

sekolah tadika :-

masa tu aku umur 5 tahun.. akak aku pon sekolah kat situ jugak dan masa tu akak aku 6 tahun. kat sekolah tu, umur 5 tahun dengan 6 tahun dipisahkan.. sebelah kiri 6 tahun, sebelah kanan 5 tahun.. tapi aku ni kan manja terlebih.. nak berkepit sebelah kakak aku sebab takut... 
perkara yang meninggalkan memori dalam ingatan : kena cubit dengan cikgu.. kat perut lak tu...
kesalahan : tumpahkan air dan taknak duduk kat meja budak2 5tahun... hmmm...

sekolah rendah :-

masa darjah 3, cikgu kelas aku adalah seorang cina tapi kahwin dengan india.. mengajar bahasa inggeris dan seorang yang sangat garang... nama dia pun aku takingat dah...
perkara yang meninggalkan memori dalam ingatan : buku kena baling ke luar kelas... yang tak bernasib baik tu, ada buku yang kena baling berdesup terus jatuh ke bawah... ko bayangkan dari tingkat 2.... huhuhu...
kesalahan : jawapan banyak yang salah, atau tak jawab sebab soalan susah... hmmmmm....

sekolah menengah :-

masa form 2, dalam kelas Kemahiran Hidup kan selalu buat kerja2 macam potong kayu, cantum2 alat2 elektronik, masak2 (untuk pelajar perempuan) kemas2...
perkara yang meninggalkan memori dalam ingatan : kena tengking dalam jarak beberapa sentimeter je, (rasa nak pecah gegendang telinga aku) dengan cikgu KH masa aktiviti memasak, lepas tu cikgu rampas sudip dari tangan aku dan nak ketuk aku dengan sudip tu...
kesalahan : tambah lagi 1 menu walaupun waktu tu masa KH dah nak habis... masalahnya, kumpulan lain semua tak siap lagi.. kumpulan aku dah siap dah, cuma sayang tengok daging, bawak tapi tak digunakan, jadi aku cadang nak goreng sahaja, sebab aku masak masakan cina.. hmmmm........

kadang2 aku pikir, besar sangat ke kesalahan aku sampai camtu sekali cikgu marah... paling tak boleh lupa masa kelas KH tu la... aku ingat cikgu tu sampai sekarang.. nama dia Cikgu Zabedah.. budak2 ramai taksuka dia dan panggil dia Zabed.. haha... aku takdelah benci kat dia, cuma rasa maruah aku melayang sebab aku kena tengking depan semua budak kelas aku dan kepala aku sikit lagi nak kena hempuk dengan sudip.. bukan takat maruah, semangat aku pun melayang... huhuhu.. tapi aku rasa bangga jugak dengan diri sendiri, sebab aku taknangis pun walaupun punyalah teruk aku kena marah... kawan2 da tanya2 aku ok ke x... pastu aku minta maaf kat kawan2 sebab pasal kumpulan aku, cikgu naik hantu, suruh bungkus semua makanan dan keluar dari bilik masakan tu.. hahahaha.. emo sungguh cikgu tu tau.... tah pape tah....

lagi 1, masa form 1, aku pernah kena denda pakai kad yang saiz A4, gantung kat leher.. dan kad tu tertulis 'SAYA TAK AKAN BUAT BISING LAGI' dari mula sampai habis persekolahan.. hahahaha... tapi yang ni kerja pengawas... kesalahan aku hanya berbisik dekat kawan sebelah benda yang aku takpaham pasal subjek ape tah, aku pon dah tak ingat.. dengan kawan sebelah aku pon kena denda jugak.. padahal kawan tu tak bercakap pun..(hampeh punya pengawas).. ingat kitorang berdua je.. rupanya 6 orang dalam kelas aku kena denda, termasuk budak india sebelah aku..hahaha.. dan 2 orang budak lelaki depan aku.. budak lelaki lagi lah.. kena bukak baju, pastu depan cover dengan kad yg digantung kat leher tu.. buta mata aku 1 hari tengok keseksian diorang.. hahaha...lawak2... lama jugak la aku dendam dengan pengawas yang buat onar tu.. hahaha...

korang? ada ke pengalaman macam ni... aku ada banyak lagi... tapi yang lain2 tu xdela teruk sangat... hehehe...

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."