Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

24 Mei 2012

Ameera - Drama Baru Slot Samarinda





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


Assalamualaikum...

malam tadi, mula drama baru kat slot samarinda.. aku dah lama tak tengok drama2 slot samarinda ni... rasa macam takbest dan pelakon2 pun takbape famous.. huhu.. tapi malam tadi, tentiba aku tertengok sebab..... sebab ada Rita Rudaini.. dah lama kot tak tengok dia berlakon jadi heroin.. lepastu dipadankan pulak dengan Syamsul Yusof.. macam menarik je... meh tengok sinopsis nya dulu.. hehehe...

Sinopsis Drama Ameera Slot Samarinda TV3

Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama lima tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.

Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatka anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.


Zila melarikan diri  dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer.

 

Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.


Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam Ameera yang akan disiarkan mulai 23 Mei 2012.


________________________________________________________________________________

episod 1 malam tadi pun dah menarik minat aku nak tengok.. hehehe.. si Ameera tu takboleh mengandung, bukan sebab mandul sejak azali, tapi kena langgar dengan mat motor..

dan paling menarik, kenapa pilih Syamsul Yusof ek? hehehe.. (umur Syamsul tu sebaya dengan Aidil Zafuan tau..) tapi takpe la.. rezeki Rita la tu.. mana tau lepas ni dapat berlakon filem2 arahan Syamsul.. hehe.. 

ramai pelakon2 otai.. Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha),  Faizal Hussein (Jai), Hairi Safwan anak wayang (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Aman Shah dan Sabrina Ali (Rozi)

jadi, marilah kita tonton drama ni ye...pada pukul 10.30 malam Selasa-Rabu dan pukul 9.30malam pada hari khamis di TV3... skrip drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dan karya Sharifah Abu salem.

aku suka videoklip permulaan drama ni... diorang buat dalam air.. best! nampak cantik sangat... hehehe....

tapi dalam gambar ni nampak kelakar muka memasing... hahaha..




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

9 ulasan:

Hustler berkata...

Hahahahahaha... Malam tadik episod satu eh?? Wakakakaka.. Besh giler time rita pujuk Aidil.. wakakaka... cam haram... tergelak tgk sorang2.

LiaNa YuSoF berkata...

Aidil? bukan husband dia nama Ameer ke? hehehe... Aidil tu nama sebenar husband dia...

Hustler berkata...

HahaHahahahahahaha... nampak??? punyer la kayu aku.. wakaka.. silap nama laki plak.. kihkihkih

LiaNa YuSoF berkata...

kalaulah watak ameer itu adalah Aidil yang sebenar....... bahagia agknya rumah tangga mereka.. hehehe.. eh, tentiba masuk gosip rumahtangga artis pulak... hik3..

Hustler berkata...

HAhahahahaha... ntah, aku tak amik tawu pasal retis.. wakakaka... yang hot2 jek aku amik tawu. wakakaka...

sumpah suwit masa rita pujuk dak samsul masa dia nak gi kije. wakakaka.. gelak2 aku.

LiaNa YuSoF berkata...

aah... sweet sgt... suke2!!

Hustler berkata...

Eh?? sebok gak nak suka... haish!!

LiaNa YuSoF berkata...

eh, biarla... nak suka jugak!!

Hustler berkata...

Ah.. Sebok!! sebok!! Sebok!! Wakakakaak

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."