Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km???
KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000
oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut
bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.
J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau
sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar
tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua
pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi
sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.
Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan
Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah
membawa pelancong berkenaan dari KLCC.
Pale otak dia la caj sampai RM400 lebih... gila betol... padahal tambang sebenar RM8 je.. kot ye pon, jangan la nak menipu lebih2 sangat.. tak logik kot.. ingat mat saleh tu bodoh ke macam dia...
Kadang2 aku geram dengan pemandu2 teksi.. aku xsalahkan semua la.. segelintir je.. tapi yang segelintir ni la yang membusukkan nama pemandu2 teksi yang lain... macam hampeh!!
Aku pun pernah jugak terkena... kat putrajaya ni... dari Alamanda, nak ke Masjid Putra yang jalan kaki 20 minit pon dah sampai, pemandu teksi tu nak caj RM10... gila kan? baik aku naik bas nadi putra yang hampeh.. baru RM0.50..
Padan lah muka kau pemandu teksi yang jahat...!!! cekik darah lagi..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan