Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

05 April 2012

Asal Taklimat Kesihatan Je, Orang Gemuk Lah Yang Sesuai Pergi.. Orang Kurus Tak Payah...

Assalamualaikum....

bukan main panjang tajuk aku kali ni... dengar sini orang2 kampung, aku nak bercerita.... hari ni aku ada taklimat.. kira sesi perkongsian ilmu la.. dan tajuk taklimat tu, Pemakanan Secara Sihat.. nak dijadikan cerita, sebelum nak turun ke dewan tu, kena la maklumkan dulu 'pada yang berkenaan' kan..

Aku : 'xxxxxx", kejap lagi saya nak turun, ada taklimat...

Beliau : oh... taklimat pasal kesihatan tu ea...

Aku : a'ah.. Dato' KP pun join sekali..

Beliau pun berlalu.. tak sampai setengah saat, atau dalam erti kata lain, baru je sebelah kaki nak masuk bilik, tentiba beliau patah balik..

Beliau : ehhh.... taklimat ni memang..... untuk..... orang2 terpilih je ke? (sambil tu senyum2.. macam senyum sindir)

dan aku terus mencelah...

Aku : Xla 'xxxxxx', kitorang memang bagi nama.. kan ada emel yang puan xxxxxxxxx bagi...

Beliau : yeke? saya tak dapat pun....

Aku : yelah, sebab puan xxxxxxxxx letak tajuk emel tu sesi perkongsian ilmu...

Beliau : oh.. patutlah.... (dan terus berlalu...)


aku???? mak sentap ok!!! aku tau lah aku ni gemuk tahap obesiti... tak payah la tanya aku, "taklimat ni untuk orang2 terpilih" aku sedar diri lagi la... pantang la tajuk ceramah ada pasal kesihatan2 ni.. teros nak anggap ceramah ni sesuai untuk orang2 gemuk je.. tengokla mentaliti manusia sekarang ni.. haisshhhhh... geram betol aku..

jadi orang2 kurus diluar sana, xpayahla pergi ceramah2 kesihatan ni.. bagi peluang untuk orang2 gemuk yang pergi.. yelah, orang gemuk kena sihatkan tubuh badan.. kena tau cara penjagaan kesihatan dan pemakanan... nanti bolehlah jadi kurus pasni... kan? kan? orang kurus dah cukup sihat dah... dah perfect katanya... huh!!!

3 ulasan:

Cik Fara berkata...

sabar la buddy...ekceli org kurus tu tak sihat jugak sebab kurus pun dikategorikan sebagai tidak sihat.....hiks...biar le org nk anggap ape...hehehe..comel buddy aku marah2....nnt aku belikan ko meow sekor ea....(eh, takde kena mengena)...

zal88 berkata...

sabar ye..xsmua yg kurus tu sihat li..mentaliti orang cmtu yg ptt kena ubah..suh die kongsi ilmu skit..=p a'ah fara bg lili sekor meow kt fb tu lg..

LiaNa YuSoF berkata...

xde ar.. aku skrg cepat rasa nk marah bile org suka sindir2 aku.. lg2 yg sindir tu org yg dekat dengan aku.. saket ati.. masalah nya bukan sekali 2 'org tu' sindir2, dah byk kali... mana aku tak geram..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."