Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

30 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu 26

"Begitulah awan nano.. Setia melindungi diri tika panas mencoba mengguris pipi dan bibirmu..."

Tahniah diucapkan kepada Dato' M Nasir dan Budi Hikayat atas kemenangan lagu Awan Nano malam tadi.. memang sempoi Hafiz menyanyikan lagu tu.. aku rasa macam berhantu je lagu tu... hahaha....

aku memang dah agak dengan kemenangan lagu ni.. tahniah.. tahniah.. tahniah...... senarai lagu2 yang menang malam tadi, memang ada dalam list aku.. hehehe.. kira aku meneka dengan hampir tepat la... tapi aku takdelah teka no 1 sapa, no 2 sapa.... aku just teka lagu2 yang akan mendapat tempat di hati juri je...

tekaan aku adalah :-
Awan Nano - Hafiz
Kisah Hati - Alyah
Beribu Sesalan - 3 Suara
Sedetik Lebih - Jac
Sungai Lui - Aizat
Gadis Semasa - Yuna

kenapa aku tiba2 pilih Yuna kat situ? sedangkan.... lagu tu bukanlah favourite aku.. huhu... sebabnya, Yuna saja la calon yang 2 buah lagu nya terpilih ke AJL.. dan dah ada nama besar dalam Malaysia serta sudah pun bernaung dalam Label Antarabangsa.. jadi, kira ambik hati la... huhu.. buleh ek gitu... (peminat2 Yuna, jangan marah saya ye... hehe)

tapi aku hanyalah juri yang menonton.. dan juri2 yang memilih pemenang lebih profesional... dan AJL kali ni, aku terima keputusannya dengan senang hati.. hehehe.... tak macam tahun lepas.. huh! tahniah kepada pemenang.. tahniah kepada penulis lirik dan pencipta lagu... tahniah kepada semua...

sebelum aku senaraikan nama2 pemenang, aku nak komen sikit lah pasal persembahan semua lagu2 yang bertanding.... bermula dengan Project Pistol, pembukaan yang baik.. memang gempak, tapi... aku tak berapa suka lagu ni.. tapi diorang buat persembahan yang sangat baik... tahniah.. kemudian, aku tak ingat giliran diorang ni. jadi aku komen secara rambang je la ea...

Sedetik Lebih dari penyanyi ganti, Jac.. oklah.. aku suka sangat lagu ni.. lagu ni kuat... tapi sayang, kenapa Anuar Zain tak nyanyi sendiri lagu ni... aku rasa kalau dia nyanyi, mesti ada tempat di hati juri.. Jac bukan tak bagus.. dia nyanyi sangat bagus.. vokal dia tu, tak boleh disangkalkan kehebatannya... tapi, aku rasa macam tak puas dengar.. hmm... Kekanda Adinda dari Atilia dan Monoloque.. best jugak... lagu yang telah disusun semula muziknya dengan baik... bagi aku, okla! Gadis Semasa.. best jugak bila dengar malam tadi.. rasa macam lain je.. sedaplah bila didengar.... suara Yuna pun rasa macam dah banyak peningkatan.. dia dah pandai pelbagaikan tone suara dia... okla!

Kalau Berpacaran dari Suhaimi Mior Hasan, Ana Raffali dan Altimet.  masa start tu macam tak menyempat2.. orang tak habis tepuk dah mula dah... kira macam yang lain tu tak berapa nak sedia.. hmm.. okla! Cinta Muka Buku.. dik Najwa, asal tetiba lagu awak jadi laju ye.... rasa macam awak tercungap2 je.. tapi xpela.. pertama kali bertanding kan.. tahun depan cuba lagi ye..  Karma dari Faizal Tahir.. aku takdelah rasa lagu ni ada tempat di hati juri. tapi kira oklah.. dapat jugak no.3 ye...

Kisah Hati... woooo... aku suka gila lagu ni..... lagi2 tentiba Remy Ishak yang hensem gila macho tu naik atas stage untuk buat kejutan... huhuhu... sangatlah riuh rendah stadium... dan ramai suka lagu ni menang persembahan terbaik... cayalah! Sungai Lui... dari Aizat.. lagu ni aku memang suka.. tapi mungkin sebab selalu dengar.. tetiba rasa bosan pulak... tapi persembahan Aizat, okla!

Penakut, Yuna.. aku jarang dengar lagu ni... dan takdelah suka sangat.. biasa2 je... persembahan ok! mungkin Yuna kena jugak main alat muzik.. sebab dia macam kosong kalau dia berdiri je atas stage tu...apa2 pun, okla! Awan Nano...... huuuuuuuuu... lagu berhantu ni... gila sempoi Hafiz, dengan tshirt dan tracksuit je.. siap la sinsing seluar tu.. haiya! hahaha.. aku tengok dia berdiri atas stage tinggi tu, tetiba aku terbayang yang dia akan buat macam Johan konon2 berlari, macam dalam video klip dia.. hahaha... best sangat! dan part yang akhir tu, dengan aku sekali terasa sayu... huhu.. terbaekla! dan lagu akhir.. Beribu Sesalan dari gabungan 3 suara, Jac, Shila Amzah dan Ning Baizura.. aku memang suka sangat lagu ni.. jadi tak heran la lagu ni boleh menang.. suka2!! hehe...

Jadi, berikut adalah senarai pemenang2 nya....

Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)
Vokal Terbaik - Hafiz (Awan Nano)

Tempat Ketiga - Karma (Faizal Tahir)
Tempat Kedua - Beribu Sesalan (3 Suara)

Juara Lagu Yang Ke26 - Awan Nano (Hafiz)

Tahniah Semua!


p/s : perasan tak.. lagu yang menjadi pilihan juri adalah lagu yang dipersembahkan di akhir2 persembahan... hmm.... ke kebetulan saja... hmmmm.... renung2kan dan selamat beramal.. hahaha...

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."