Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

29 Ogos 2011

SeLaMat uLanGtahUn..

nampaknya aku dah terlewat 3jam 30 minit untuk wat entry khas..
khas untuk diri sendiri.. hehehe..
sebab banyak sangat benda nak kena buat..
almaklumlah.. nak raya..

oleh itu,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran..
yang ke 23 tahun..
untuk diri aku sendiri..
iaitu pada 28 Ogos, semalam...

tahun ni, birthday aku tak bape seronok sangat..
ala, tiap2 tahun pun xpernah seronok..
tak pernah sambut pon...
selalu, aku yg beli kek atau beli hadiah utk diri sendiri..
almaklumlah.. diri belum ada orang nak hargai..
huhu...

tahun ni, aku takde la nak beli kek atau nak beli apa2 hadiah utk diri sendiri..
sebab.. ntah..
mungkin sebab dah berhabis untuk raya...
jadi, xpela... lain tahun la aku beli hadiah spesial utk diri sendiri..
hehehe..

jadi untuk sedapkan hati sendiri..
meh aku nyanyi lagu ni untuk diri aku sendiri...

Allah selamatkan aku..
Allah selamatkan aku....
Allah selamatkan hamba-Mu ini..
Allah selamatkan aku...

Ya Allah,
aku bersyukur kerana selama 23 tahun ini,
aku masih lagi bernafas di bumi-Mu..
Kau panjangkanlah umurku dan keluargaku..
permudahkanlah urusanku dan keluargaku..
murahkan lah rezekiku dan keluargaku..
berikanlah kesihatan yang baik untukku serta keluargaku..
dan teguhkan lah iman kami berpaksi atas agama-Mu..
sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pemurah,
Maha Penyayang, Maha Berkuasa
lagi Maha Mengasihani..
aminn..

*sesungguhnya aku menaip entry ini dalam keadaan yang sebak*
T_T

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."