Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

04 Ogos 2011

mUraH nYa aiR maTa iNi...

aduhai...
semenjak 2 menjak 3 menjak ini...
mata ni senang betul digenangi air mata...
bila teringat benda yang menyedihkan, nangis..
bila teringat benda yang menggembirakan pun, nangis..
nangis sebab benda yang menggembirakan tu,
adalah kenangan..
kenangan yang takkan terjadi lagi selepas ni..
bila terkenang, mula la air mata aku ni meleleh..

agaknya bulan puasa ni,
hati aku semakin sensitif agaknya..
penyakit 'murah air mata' ni,
bukan baru je terjadi...
dah memang dah jadi habit aku sejak kecik lagi...
cuma sejak 2 3 tahun kebelakangan ni,
kurang sikit la... sebab aku tahan dulu..
satgi masa mandi, aku nangis la puas2..
so.. xdela orang perasan.. hehehe...

dengar berita yang menggembirakan lagi terharu.. meleleh air mata..
dengar berita sedih, lagi lah meleleh air mata kan..
baca surat khabar pon, berita sedih... hmm.. bergenang air mata aku...
tengok drama/filem pon bole nangis..
kalau marah membuak2... bukan pegi maki hamun sumpah seranah bagai..
ni, air mata ni yang turun dulu... huhu...
camane tu? aku dah cuba control..
tapi benda ni boleh control ke...?

teringat masa sekolah menengah dulu..
member2 baik aku memang dah tau penyakit 'murah air mata' aku ni..
boleh pulak nak sakat aku depan cikgu..
"cikgu, Liana ni cengeng sikit..."
dengan automatiknya, keluar je air mata ni..
bukan kena marah pon... huhuhu...

ni, aku taip camni pun boleh sebak...
bulan puasa agaknya...
huhuhu...

selalunya.. bila jadi camni..
aku mesti rindu kan seseorang atau sesuatu...
sebab tu la.. nak meleleh je air mata ni..

aduhai mata... ape lagi nak kata...
peace yoo!! je la...
huhuhu...

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."