Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

01 Ogos 2011

HaiHhh.. maCam-maCam...

hmm.. macam2 perkara terjadi sejak2 ini..
bukan saja untuk diri aku..
tapi juga sekeliling kita..

contohnya,
berita tentang Khairul Fahmi Che Mat yang telah pun memutuskan tali pertunangan beliau..
ok, aku bukan nak nyebok ke ape...
tapi macam2 cerita yang aku baca..
di fb, blog2...
macam2 komen, macam2 pendapat..
bagi aku, biarlah diorang settle kan hal diorang dulu..
kita ni, tak payah sibuk2 hal orang..
buat macam2 spekulasi..
bila semua dah tenang, mesti akan ada satu keputusan...
jadi kita tunggu dan lihat je la..

kemudian, berkenaan Asyraf yang ingin menukar identiti jantina pada mykad,
meninggal dunia pagi semalam, ke kelmarin...
Innalillahi wa innalillahirrajiun....
semoga roh beliau dirahmati oleh Allah..
tentang isu ni, rasanya, memang takkan dipersetujui..
sebabnya, kita taknak nanti, bila sorang lepas,
yang lain pun akan sama buat permohonan tukar identiti jantina..
aku tak nak la menyalahkan sesiapa dalam hal ni...
mungkin kita sepatutnya balik semula pada hukum Allah..
kalau kita masih ada iman dalam hati kita,
kita akan tau, benda ni betul atau salah..
dosa atau tak.. jadi pikir2 kan lah..
kita doakan saja dia tenang di sana...

lagi,
haih.. banyak la..
takkan aku nak tulis satu2 kan..
dengan malaysia tak layak ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia 2014..
(ok, aku sekarang adalah peminat bola sepak negara hokey.. hehe)
dengan kemalangan bagai sejak seminggu ni..
kalau bab dunia tu, aku tak bape minat nak baca..
sekarang, hiburan aku dah kurang baca..
bila ada benda menarik je aku baca..
yang penting, baca sukan dulu.. hehehe..

ok, tentang diri aku..
Alhamdulillah... 1 Ramadhan hari ini..
dapat juga aku berpuasa..
walaupun hanya minum setengah cawan susu waktu bersahur...
begitu lah lumrah kalau duduk bujang ni kan..
tapi.... ingat esok nak rajin skit..
atleast, mkn la sesenduk nasi kan..
takdelah aku jadi kurang bermaya macam hari ni..

dah la aku keja turun naik turun naik tingkat 4 ke 7, 7 ke 4..
dah macam apa dah.. penat wei..
sebab hari ni ada majlis kelolaan biro aku..
dah 3 minggu aku kerisauan pasal ni..
dan hari ni.. alhamdulillah..
selesai juga...
lepas ni boleh tidur dengan tenang dan aman nya..
(jgn 'tidur terus' sudah la ye.. huhu... tapi Alhamdulillah.. 'tidur terus' di bulan Ramadhan)

selamat berpuasa ye kawan2 semua..
dah plan ke menu apa untuk juadah berbuka...
ingat ye.. jangan membazir...
bersederhana je... itu lebih baik..
kang dah banyak2, tak termakan pulak..
lepas tu.. tak terlarat pulak nak solat..
solat wajib pon tak terlarat, solat terawih ape tah lagi kan..
hehehe..
harap2 aku pon bersemangatlah nak terawih tahun ni..
aminn..

ok, kawan2..
peace yoo!!

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."