Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 Julai 2011

DiA LaGi 'PanDai' daRi oRanG paNdAi

kengkadang aku pelik dengan orang yang berlagak pandai..
tapi dia bukan pandai sangat pun...
uppssss.... ok, ni bukan sesi nak kutuk orang,
bodoh ke tak bodoh..
bukan begitu ya kawan-kawan...
bukan....

istilah pandai yang aku gunakan ni,
adalah.....
pandai berkata-kata..
padahal apa yang dikatakan tu,
macam tak masuk akal pun ya..
atau senang cerita, dia bukan tau pun..
tapi buat-buat tau...
ada faham kah?
tak faham, buat-buatlah faham ye....
hehehe...

begini cerita nya,
menurut entry aku yang lepas-lepas,
aku ada cerita yang ofis aku ni sedang dalam proses pengubahsuaian..
omputih kata, renovation gitu...
jadi, aku dan bos telah berpindah ke bahagian lain..
nak dijadikan cerita..
apa orang cakap,
"apa yang tak boleh dalam dunia ni.. semua boleh"

beberapa minggu lepas,
ada orang maintanance datang check telefon,
apa yang dia tengok-tengok aku pun tak tau..
menurut kata orang tu,
dia nak set no telefon bos-bos ni ke talian asal diorang..
sebab waktu tu kitorang pakai no yang sedia ada dalam bilik tersebut...

bos yang sorang ni dah settle..
dia dah dapat guna balik talian asal dia..
jadi senang lah orang luar nak berurusan dengan dia..

masalah nya, bos aku punya,
diorang tak buat-buat lagi..
talian masih pinjam talian bilik ni..
bos-bos lain semua dah dapat balik talian diorang..
aku pun jadi tak sedap la,
bos aku dah tanya aku, bila no telefon nak ditukar..?
orang luar telefon asyik tak dapat je kan..
nanti diorang ingat bos aku asyik takde kat pejabat..
padahal, sekarang pakai talian telefon orang lain..

tadi aku dah ke tempat sepatutnya la,
tempat yang perlu aku pergi untuk bertanyakan hal-hal macam ni..
mesti la korang tau kan kat mana...
dan pegi kat orang yang mengetuai tempat tu..
bertanya bila talian telefon bos aku nak ditukar ke talian asal..

dia pun menjawab dengan penuh yakin lagi tawadduk gitu..
meng'explain' kat aku kenapa, bagaimana, bila, siapa dan sebagainya..
aku pun jadi pelik..
sebab dia guna istilah kena korbankan talian lain untuk sambung balik talian asal bos aku..
huhuhu....kelakarlah awak ni..

masalahnya sekarang,
bilik yang kami duduk dah tersedia telefon,
dan bilik yang kami duduk memang kosong tiada penghuni..
jadi kenapa pulak kata kena korbankan no lain untuk masuk no bos aku..
padahal bilik tu bukannya ada orang duduk..
kalau korbankan pun, tiada effect apa2 dan pada siapa2 pun..
nanti bila dah settle renovation,
bagi la balik talian telefon kat bilik tak berpenghuni ni..

kalau dia nak kata tak boleh,
kenapa bos yg lagi sorang,
yang duduk dalam bilik yang sama ni,
dapat balik talian dia?
kenapa bos aku tak boleh?
padahal duduk satu bilik, meja sebelah2...
camane tu?
logik ke tak logik?

aku ni takde telefon pun..
dan tak heran kalau takde telefon,
sebab 2 biji telefon bos2 ni pun aku tak cukup kakitangan nak mengangkatnya..
cuma telefon bos aku je la kurang berbunyi..
sebab bukan talian telefon dia..
jadi orang dalam ke, luar ke, susah nak contact dia...

masuk ni dah 2 3 kali jugak aku pegi jumpa dia..
bercakap benda yang sama...
bila dan bila dan bila....
sampai dah naik tebal muka aku nak explain kat bos...

jadi betul tak aku cakap tadi,
dia lagi 'pandai' dari orang yang pandai..

peace yoo!!

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."