Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

17 Jun 2011

sOry tO saY, aWak meMang pELik....

semalam, awak call saya lagi...
saya rasa macam malas nak angkat,
tapi, sebab dah beberapa kali awak call, saya tak angkat,
saya jadi tak sampai hati....

permulaan setiap panggilan,
awak cakap baik je... tapi kenapa bila diakhir panggilan,
awak suka marah-marah..?
pastu awak terus letak telefon...
takpe, saya masih boleh bersabar...

saya memang tak berani nak cakap kenapa saya tak boleh terima awak..
tapi sekarang, kalaulah awak dapat baca apa yang saya tulis ni,
saya akan bagitau, kenapa saya tak boleh terima awak..

1.  awal-awal perkenalan, awak dah tipu saya.. awak kata awak pernah jumpa saya kat MC, dan awak kata juga saya tengah tunggu bas nak balik rumah.. awak agak-agak la nak menipu pun.. saya mana pernah naik bas dari MC ke rumah saya.. tak pernah OK.. selalunya ayah atau kakak saya yang ambik saya.. lepas tu awak boleh mengaku yang awak tipu, sebab bagi awak biasalah... first time nak ngorat perempuan memang macam tu... huh!! saya paling tak suka orang tipu saya....

2.  awak terlampau berfikiran negatif dengan perempuan, sampai awak pun anggap saya macam tu jugak.. soryla... jangan sebab kisah-kisah cinta awak dulu yang tak menjadi, awak jadikan saya sebagai tempat untuk awak lepaskan kemarahan awak... cuba awak fikir, kenapa selama ni cinta awak ditolak? memang saya simpati dengan awak, sebab awak cerita kat saya awak pernah putus dengan ex awak dua hari sebelum awak bertunang.. lepas tu awak bawak motor macam orang gila sampai awak accident, kaki patah 3, hampir-hampir masuk ICU.. saya memang simpati.. kalau awak nak marah, marah je la kat ex awak tu, xperlu la nak kata semua perempuan perangai macam ex awak tu..

3.  awak juga ada cakap, perempuan ni terlampau memilih, nak kahwin dengan lelaki berduit je.. yang tentera, polis, kerja-kerja kelas bawahan ni tak main la... hmm.. saya nak tanya awak, awak ke yang tetapkan jodoh seseorang? kalau Allah dah kata, saya akan kahwin dengan orang berduit, itu dah jodoh saya.. kalau Allah dah kata saya kahwin dengan posmen, pap, tentera laut, tentera darat, tentera diraja, siapa saya nak menolak takdir tu? saya pun manusia biasa.. awak tak puas hati, awak kata, kalau kahwin dengan orang berduit pun, kalau tak ada cinta, nak buat apa? hmm.. saya asyik berfikir, awak dah umur 28 tahun, tapi fikiran awak, sory la saya nak kata.. memang ke laut....

4.  lagi satu, saya rasa awak ni agak kasar orangnya.. cara awak cakap pun saya dah dapat rasa, awak ni kasar...

5.  kita baru kenal, tak sampai sebulan.. tapi cara awak bercakap dengan saya macam awak dah kenal saya 2 3 tahun.. awak asyik cakap saya tak sudi terima awak sebab awak tak berapa sempurna (sape suruh bawak motor macam orang gila sampai kaki patah)... baru berapa kali awak cakap dengan saya, awak dah sayang-sayang la... ape la.... saya sendiri tak kenal awak... jadi kenapa awak nak paksa-paksa saya terima awak? saya mungkin akan terima awak, kalau cara awak tu betul...

6.  saya bagi jawapan, saya tak sedia lagi.. awak tak boleh terima... saya mintak kita berkawan dulu... mana tau, dari berkawan tu timbul perasaan sayang.. kemudian perasaan cinta.. tapi awak marah.... awak macam menyumpah saya.. awak kata, kahwin la umur 30... carilah duit banyak-banyak, lepas tu mati bawak sekali duit tu masuk kubur... APA NI? apa yang awak merepek? saya dah makin menyampah bercakap dengan orang macam awak... tapi saya masih cool walaupun awak marah saya dan cakap macam tu kat saya. saya bagitau lagi, kita berkawan la dulu... awak boleh kata, buat apa kawan, kalau nak berkawan, pergi cari orang lain la... huh........ awak memang pelik.. satu2 hubungan tu, bukan nya untuk bercinta sahaja.. kita boleh berkawan kan.... tapi awak xsudi pun nak berkawan dengan saya.. sebab harapan awak tinggi sangat.. bila saya cakap je, xpela kalau awak tak sudi berkawan dengan saya, terus awak letak telefon... hahaha... awak ni bukan setakat pelik, tapi kelakar juga...

jadi saya rasa, saya tak rugi apa-apa pun.. tak kisah la awak nak kata saya macam-macam ke apa ke.... saya tak nak pertaruhkan perasaan, hati dan masa depan saya untuk terima awak, yang saya sendiri tak kenal... bukan saya je, perempuan lain pun akan buat tindakan yang sama macam apa yang saya buat...

*** korang agak ni cerita benar ke cerita palsu?? hehehehehe....***

6 ulasan:

cik xxx berkata...

cerita benar

cik xxx berkata...

rileks la.. lelaki mcm ni byk kat dunia..

belum jmp yg betul la tu

LiaNa YuSoF berkata...

huhu.... btol3...
harap2 xdela jumpa yg mcm ni lagi..

Cik TTK berkata...

oh lelaki seperti ini tidak perlu di layan..

LiaNa YuSoF berkata...

ntah la yan.. aku xpenah jumpa laki mcm ni.. ternyata dia ni memang seorang yang pelik..

wawa_addien berkata...

uikss..
pelik betul ar.
lps nie..x yah layan laa yea

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."