Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 Jun 2011

RM10.3 JuTa? taHniaH sHamSuL yuSoF & RiZaL aSyraFF!

haa.. ape yang sampai rm10.3 juta tu?
hehe.. ni hah...
hasil kutipan panggung untuk filem terbaru arahan pengarah muda lagi meningkat naik ni,
KL Gangster..

aku dah pergi pun menonton filem ni..
ahad aritu.. bersama2 cik tina dan cik wanna..
dekat GSC AEON Bandar Melaka..
hahaha... tak agak2.. kemain jauh lagi pergi nengok nya..
macam kat alamanda takde kan...

sebenarnya, kebetulan dah berada kat melaka,
jadinya, terus je la plan nak nengok kat situ..
kira pakai belasah je pegi..
nasib baik ada tiket,
kalau takde, memang akan terjadilah hujan kilat sabung menyabung kat melaka..
pasal ape? pasal aku ingat, tak dapat nengok KL Gangster,
kita karox je la... hahahaha...

eh, da lari dari topik yang sebenar...
kesimpulan dan pendapat aku untuk filem ni..
memang GEMPAK..
best sangat.. pemilihan pelakon yang sangat2 sesuai...
suka dengan watak Ajib, walaupun gangster, tp lawok la dia.. hehehe..
sama la macam Abang Long Dil.. watak Zizan Raja Lawak dalam filem ni..

Shamsul pun dah nampak semakin matang..
lakonan dia pun dah nampak perubahan..
keep it up ye bro... hehehe.. (macam inchek shamsul baca blog I kan... haha)
tapi kan... I teringin nak tengok U lakonkan watak seorang yang romantik..
hahaha.. pasni buat la filem romantik pulak ye...
I tunggu... (ceh, gedik sungguh kamu ni liana..hehehe..)

dan...... semestinya aku nak tengok sangat Aaron Aziz dalam filem ni..
macam biasa, beliau nampak macho dan bergaya,
walaupun jadi gangster yang dah 'cuci tangan'
hehehe....
tapi I lagi suka U jadi Seth Tan dari jadi Malek...
hahahaa... aku ni merepek tak sudah2...

apa2 pun... suka sangat filem ni...
dari 5 bintang, aku kasi 4.9..
ok x? hehehehe...

harap2 sekuel untuk filem ni, iaitu KL Gangster 2,
akan menjawab segala teka teki yang bermain kat kepala otak aku ni..
iaitu, apa dah terjadi dengan adik perempuan Malek, si Zeti tu..
apa jadi pada mak dia...
dan Jai juga..
tetiba pulak boleh lari menghilangkan diri..
pastu, tak bape best watak Fadil (Zizan) dimatikan..
dan..dan... dengar2 nak panggil Rosyam Nor berlakon untuk KLG2 ni..
hehehe.. suka2...

okla, bagi yang belum menonton lagi,
pergi lah menonton ye..
kita kasi gegar RM12 juta pulak...
Tahniah Bro!! Tahniah Skop Production!!

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."