huh!!
dari mood aku ok suam-suam kuku,
terus rasa nak marah...
tapi aku rasa, moos lagi marah dari aku kot...
huhuhu....
xpe, sabar ea moos...
aku tak paham,
dia ni jenis orang yang macam mana..
macam tak ada perasaan..
alkisah,
haa.. nak cerita la ni...
terngiang-ngiang kat telinga ni,
korang cakap, "ce citer.. ce citer..."
hehehe...
aku dan kawan-kawan,
telah menyewa kat rumah inchek sorang ni..
nak dijadikan cerita,
kami dah pun keluar dari rumah beliau (wah, macam Yang Berhormat lak dia... podah!)
dan sehingga ke hari ini,
kami dok la menunggu,
bila pokcik ni nak bagi balik duit deposit kami..
dari sehari ke sehari,
aku suruh dak moos ni push dia...
tanya bila nak bagi..
agak nya dia da fed up..
maka, hari ini dalam sejarah,
berlakunya pergaduhan di alam maya..
dalam enfon je..
pokcik ni dok la terang,
dia tolak sekian-sekian..
untuk bayar sekian-sekian....
aku bila dengar moos citer,
haaa? banyak nya?
antara perkara yang disebut oleh pokcik ini ialah,
dia tolak duit bil indah water... sampai rm200..
katanya, rm 8 x 25 bulan = rm200
yang menjadi tanda tanya kami,
sejak bila pulak penyewa yang patut bayar bil tersebut..
dalam perjanjian tak tertulis pun..
kalau pun pihak penyewa yang kena bayar,
kenapa tak mention awal-awal?
kalau kami yang kena bayar, xde nye kami peram sampai 25 bulan..
di sini, duit deposit api air sudah pun hangus dek kerana kena bayar bil tersebut...
lagi.....
duit mantainance, betulkan segala apa yang dah jadi tak betul kat rumah tu....
dia habaq kat moos rm270
gila ke apa?
takat sekeping dua marmar yang tercabut kt kitchen,
takat 4 5 paku yang terlekat kat dinding..
takat dinding yg terkesan akibat paku..
dia boleh nak caj sampai camtu sekali..
dia kata lagi,
dia repair dinding, cabut paku then plaster balik..
lekat balik marmar yg tercabut kt kitchen,
(sikit je wei yang tercabut, kalau guna sekeping marmar pun cukup)
dan yang aku tak boleh terima,
dia kata dia tukar kunci semua pintu bilik,
sila imagine, tukar kunci bermakna tukar tombol skali kan...?
pe ke hey yop!
asal ko tukar kunci, ko tolak duit deposit pulak..
tu kehendak ko, duit ko la yang keluar..
(maaf, kan da terkuang ajar ayat nye..)
pastu, cuci rumah..
pun termasuk dalam senarai potongan tu...
ek eleh...... kalau pun rumah tu ko upah orang untuk cuci,
ada kena mengena ngan duit deposit kitorang ke?
(ok, maaf sekali lagi... emosi tak dapat dikawal)
aku rasa dia bukan patut betulkan rumah,
dia sepatutnya betulkan kepala otak dia tu....
member ni tanya la,
kenapa pulak kitorang kena bayar sekian-sekian...
kitorang sebagai penyewa ada hak..
bla..bla...bla.....
dan jawapan dia,
mmg agak menyakitkan hati...
dia boleh lak marah,
sila tgok balik surat perjanjian..
jangan main cakap je..
bla...bla...bla.........
blah la ko...
(uppsss... sekali lagi.... maaf..)
aku penah jumpa pokcik ni...
dia penah datang sebab kitorang mintak betulkan lampu kat bilik air...
tak boleh berfungsi walaupun sudah diganti lampu yang baru..
masa tu muka..... nampak je baik..
pastu siap cakap, kitorang ni tak ada kawan lelaki ke?
yang boleh tolong buat benda-benda ni..
banyak la dia punya cekadak..
kadang-kadang aku geram dengan manusia macam ni,
tak jujur..
hanya fikirkan keuntungan semata-mata..
tak fikir keuntungan tu boleh dimakan atau tak..
kalau dah menipu orang,
memang haram la kalau makan kan...
jangan lah ambik hak orang..
Tuhan tu Maha Berkuasa..
aku tak nak la doa mintak bukan-bukan jadi kat ko...
biar Tuhan je yang balas..
dan tadi member da call,
kata dia da bankin duit nya,
dan duit yang dia nak potong,
dia dah kurangkan...
tapi still lagi banyak.. (bagi aku la...)
tak pe la.. sekurang-kurang nya dia da bayar..
aku nak mintak la kat kamu-kamu semua..
yang menyewakan rumah pada orang lain..
jujur la...
jangan fikir diri sendiri..
orang yang menyewa tu lagi sengsara,
mana nak carik duit,
deposit je nak 2 bulan
(trend sekarang... tapi bila penyewa keluar, xlarat lak nk bg balik..)
deposit api air pun nak 2 bulan jgk..
bayangkan orang yg menyewa tu,
baru nak mula bekerja..
baru berkahwin...
kalau boleh, hidup jangan menyusahkan orang lain.....
sekian, terima kasih....
3 ulasan:
aku setuju..sumpah ijoy ngn grand lavina die cium pokok!!hahaha, kejam giler kot aku..keh3
kalakar kot marah ko nie..haha
hahaha... xbaik... doa cmtu..
apa2 pun, kita serah kepada Allah.. biar Allah je yang balas perbuatan dia tu..
~~ tapi aku xpuas ati lagi dengan ayat2 mesej dia tu.. ada ke kata kita too much.. awal2 da bantu tu pun nak bising.. banyak la dia punya bantu... hantu ada la... ~~
Alah.. apa susah.. ko cakap je kat tuan rumah tu..
kalau betul kami yang kena bayar, kami bayar.. kalau pakcik sengaja nak ambil keuntungan, kami tak halalkan duit yang kami bagi pada pakcik.
Cakap je macam tu, senang. ko biar je dia tolak duit deposit korang tu, tapi ko cakap la ko tak halalkan kalau betul duit tu hak korang. kan.
kalau dia betul2 tau halal haram dia mesti berlaku jujur punya.
Catat Ulasan