Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

17 Mac 2010

sEnyUm piSanG....

aku adalah penggemar....
atau peminat setia majalah MASTIKA..
tiap2 bln aku akan beli punye la....
sbb aku suka baca cerita2 dia...
dr situ, aku tau la skit psal pkembangan kt Msia ni..

psal jenayah..
psal pngajaran di Tanah Suci...
psal keluarga...

ada cerita sedih..
ada cerita kelakar...
ada cerita psal muda mudi...
ada cerita psal akidah yg tpesong...
senang cerita, aku suka la....

dan dlm byk kisah dlm ni..
aku pling suka kt part Senyum Pisang...
hehehe.... sbb kelakar, byk info mnarik..

ok, ni ada satu citer kt part ni....

Kisah ulama & pramugari!

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari...

Pengajarannya,
pdn muka pramugari tu...haha....

*
*
*

ada lagi....

Tip cover malu

Berikut adalah tip-tip berkesan untuk cover malu, bukan cover kemaluan okey!
  • Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga meleleh air liur, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!
  • Kalau anda tersilap menyapa orang yang tak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku anda kenalannya.
  • Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah : "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"
  • Kalau anda bercakap sorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!
  • Jika anda tersalah masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil 'berlakon' menyatakan tujuan anda nak cari suami atau isteri atau pakwe atau awek anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi

Selamat Mencuba

hmmm.... mcm2.....

1 ulasan:

aBoi berkata...

tips kaber malu tu best...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."