Masuk syurga tak kira parti - Harun Taib
Kuala Terengganu 18 Ogos - Ketua Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.
Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.
"Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.
"Ia (masuk syurga) tak kira parti. Sama ada UMNO atau Pas, itu soal lain. Saya tak nak kata, Pas atau UMNO masuk syurga tapi kalau umat Islam itu sentiasa bertakwa dan ikhlas, janji Allah, mereka akan masuk syurga",katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.
Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir di Bukit Mertajam semalam bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana mereka mengamalkan ajaran Islam palsu.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwahkan oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umah Islam daripada kalangan anggota UMNO.
Harun selanjutnya memberitahu, urusan masuk syurga atau neraka sebenarnya adalah ketentuan Allah berdasarkan amalan, ketakwaan dan taubat terhadap ajaran Islam.
Menurutnya, adalah pelbagai tahap ketaatan golongan umat Islam terhadap ajaran Islam seperti golongan yang tidak tahu amalan salah dan bertentangan syarak tetapi melakukannya.
"Begitu juga golongan yang memang tahu (dosa dan pahala) tapi mereka buat juga. Kedua-dua golongan ini, hanya Allah saja yang tentukan sama ada mereka layak masuk syurga atau sebaliknya,"ujarnya.
pendapat aku ~
Urusan syurga dan neraka, pahala dan dosa itu bukan lah ketentuan manusia atau bukan hak seseorang itu untuk menjatuhkan hukuman kepada orang lain. Itu semua adalah kuasa dan ketentuan Allah SWT. Sebagai seorang Islam, kita diperintah untuk mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selebihnya, hanya Allah saja yang tahu. Oleh itu, jika kita melakukan larangan-Nya, hendaklah kita bertaubat, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.....
ntahla...aku pon xtau la sapa yg btol, dan sapa yg salah..
bukan aku takde pendirian, tp keadaan skrg ni mmg memeningkan...
segalanya mcm diputar belit..
dan kdg2 aku rasa semuanye pembohong...
tp sape aku utk berkata mcm tu....
aku harap keadaan ni dpt diredakan secepat mungkin...
dan aku bermohon kepada Allah agar diterangkan hati umat2 Islam di Malaysia ni...amiinnn....
1 ulasan:
wow caya lah.tak sangka liana tulis topik agk berat cmni. hihi. copy paste dr utusan ke? mcm la kite ni org tak sekolah kan nak pcaye ape yg utusan tulis tu. tambah nak pilihan raya ni lagi dahsat la utusan putar belit cerita n tipu sana sini.hehe.sian diorg tkde sape pun pcaye.org2 kampung lain cite la, education tak cukup, lack of information mcm kite ada internet blh baca dr dua pihak.blh kaji slidik n tnya org2 yg lagi tahu. oh naz br tau, skrg tuan guru akn ambil tindakan undang2 kpd pihak media ni yg putar belit kenyataan tuan guru. just nk gtau jela, utk tmbah info bkaitan ni. spatutnye diorg ltak rakaman penuh pe yg tuan guru ckp tu, ni ptong2 then letak.jd la bnda tk btul, nk plak org yg tkde ilmu uruskn bnda ni.nk lawan tuan guru tu yg tk blh blah sgt tu.haha.tak padan dgn diorg kot nk lawan pn kan?
Catat Ulasan