hari ini, 20 Julai 2009..
bsamaan 27 Rejab 1430H...
adalah hari Israk & Mikraj....
Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:Israk dan Mikraj (27 Rejab), Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam(malam Israk Mikraj) dan Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.
maka dengan itu, umat Islam adalah disunatkan utk berpuasa sunat...antara kelebihan nya adalah....
~Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
~Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
~Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
~Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
~Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai..
~Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan.
~Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.
tapi saya sgt sdey sbb xdpt bpose..
sbb saya sdg b'cuti'...huhuhu.....
;-(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan