Hai Kawan-Kawan!
Geng2 DiaryManja
28 September 2012
Membeli Macam Ada Laki & Anak-anak... hak3
Assalamualaikum.... Selamat Pagi... Selamat Hari Jumaat...
semalam kononnya nak post entry ni, tapi taksempat.. jadi dikesempatan dua2 bos takde ni, *aku sekarang jaga 2 bos, tanggung kerja huda yang cuti bersalin* bolehlah aku menari2kan jari kat keyboard ni.. hakss...
malam kelmarin, aku pergi pasar besar kat seri kembangan... masuk ni, kali ke 3 aku pergi... memang best... aku kalau pergi, dah macam orang meroyan, rasa macam nak beli semuanya.. sebab barang2 kat situ semua segar2 belaka.. + jarak antara rumah aku pon taklah jauh mana... hehehe... aku pegi dengan akak ofis aku... *thanks kaklin, sebab sudi temankan orang.. cewahhh..*
masuk2 je, tuju kat barang basah dulu... masuk2 aku da rambang mata.. nak beli apa ye? yang penting, aku taknak beli ikan.. sebab kat rumah ada 1bekas aiskrim penuh dengan ikan.. huhu... 3 kali aku tawaf, dan hasil nya :
seekor ayam (beli lebih untuk buat makan2 malam ni)
kerang sekilo
sotong 2ekor saiz sederhana besar
udang 8-10 ekor saiz kecik (udang yang harga sekilo rm44.. aku kena rm9.. adehhh)
hati ayam rm1
ketam (sepinggan rm5, ada 3-4 ekor saiz kecik)
dah settle, pegi simpan dulu dalam kereta, lepastu teroskan misi cari barang kering dan sayur2 pulak... dan hasilnya :
telur 10 biji
tepung gandum sekilo
ikan bilis
asam jawa
bawang merah
bawang putih
kentang
sawi (wahhh... 1st time aku beli sawi sesaje je.. kalau x memang taklah!)
terung 3 biji saiz kecik
limau kasturi 6-7 biji
taugeh 2genggam
keledek merah sebatang je... hehehe...
buah oren 2 biji
banyak kan aku beli... dah sama banyak macam orang berkeluarga yang beli... hehehe... masa membeli tu dah macam orang sawan.. rasa nak ambik semua... tapi bila pikir2 balik, ehhh... aku ni nak makan sorang je kan... nasib baik sedar diri lagi... hahahaha... xpelah, ni stok sebulan.. pasni takyah susah2 nak cari lauk... dan harusnya, kena masak la kan.... sekarang ni mood membekal sedang membara... malam masak, esok bawak bekal ke ofis... jimat kan?
27 September 2012
Ye.. Aku Memang Suka Buat Kerja 2X, 3 4X Pon Aku Suka... Suka Sangat~~~ (TDBMKA)
eeeeee..... saket ati! saket ati (gaya cakap tu macam ropie cecupak)
hmm... taktau la ape masalah makcik2 bakal bersara ni... tau la awak tu "i dah 30 tahun kerja" *cakap sambil tepuk2 dada ni* suke ea buli budak2 hingusan baru nak kenal hidup ni... huh!
eh makcik... saya dah 4 tahun kerja tau! walaupun mula2 masuk kerja saya ni umur 20 tahun tapi nampak macam budak baru nak amek PMR..
melalut dah aku ni... huhuhu.... ke meroyan? hak3..
xde, macam ni ceritanya... aku disuruh oleh bos untuk mintak surat pengesahan majikan.. mula2 tu aku main telefon je (orang yang sepatutnya buat2 surat pengesahan ni).. dah tu, bila ditanya untuk apa? untuk buat loan ke? haaa... takterjawab aku.. hehe.. padah ler... pasai pe tak tanya bos tadi kan untuk ape.. *vunguks jugak aku ni kengkadang*
lalu dah tanya2, ohhhh... pasai pelan celcom rupanya... *takpaham apesal sampai nak kena mintak surat pengesahan dari majikan* lantak pi la kan.. dah tu depa ni mintak slip gaji.. bos aku pon, "eh.... apasal pulak sampai nak mintak slip gaji.. saya taknak bagi.. mana boleh bagi orang tengok gaji kita" "ok2, nanti saya bagitau kat diorang
akak tu : "dah tu?" katanya.. aku pon explain la cikit..
akak tu : "dah tu, bagilah format nya macam mana"
eh2.. apesal pulak tanya aku?
aku : "macam ni kak, surat tu just pengesahan yang mengatakan bos saya kerja kat sini, tu je"
akak tu : "ohh.. ha, bagilah nama, jawatan, no ic"
aku : "bagi emel akak.. nanti saya emel kat akak"
akak tu : "akak takde emel, akak psh.. nanti hantar la kat tingkat *tut*
aku : blur kejap.. "aaaa aaaa.. ha, yelah"
seeeee!! nampak tak kesengalan aku kat situ? boleh je kot aku cakap kat telefon, nama bos, jawatan dengan no ic.. apesal la aku cakap yelah... vunguks la ko liana... kan dah bersusah payah ko nak kena naik atas pulak... adeehhh... mula2 aku mintak emel tu sebab aku taknak la ada kesilapan ejaan nama ke ape.. kalau cakap kat telefon pon, ko dah eja satu2 huruf, kengkadang tu salah jugak... hmmm.. terpaksa lah aku naik atas...
lepas waktu lunch tadi, teros naik atas.. mencari2 mana akak tu.. pergi kat 1 tempat akak ni *orang lama jugak*, tanya mana akak yang kena buat surat pengesahan ni.. lepastu dok pandang aku, muka takpuas hati.. dia taknak layan aku pon, teros panggil orang sebelah dia "eh,layan ni kejap" aku pon, lorhhh... nak mintak suruh tunjukkan tempat akak buat surat pon ko malas.. so annoying!!
da jumpa akak tu pulak, haaa... ni lagi satu hal, tiba2 cakap, "eh, xde pon orang call suruh buat surat" dahh kak, takpayah nak membongak sangat! tadi cakap kemain suruh naik atas, ni dah naik kata xde pulak kan.. nak kena ni.. aku pon pergi la menunjukkan diri... nampak je aku teros akak tu cakap "ooo.. eh, kata suruh buat untuk bos" aku pon, "untuk bos la kak,
akak tu bernasib baik sebab aku ni bukan jenis PA yang suka mengadu domba kat bos.. bos aku pulak jenis kuat komplen... kalau tak, dah kena dah akak2 tu.. lantak la ko dah kerja 30 tahun ke.. kan.....
takjadi aku nak cerita pasal pergi pasar malam tadi.. nanti2 la.. kalau rajin... hehehe..
26 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Wahai Bakal Suamiku...
"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."