Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Disember 2014

Memori Duka Malaysia 2014... Pergilah.. Bawalah Keceriaanmu Wahai 2015...


Assalamualaikum...

hari ini 31 Disember 2014.... hari terakhir untuk tahun ini....macam dugaan dan cabaran yang telah dihadapi oleh rakyat Malaysia... kalau diimbas balik apa yang jadi, aku boleh menangis teresak2... terasa betapa sedihnya... tak boleh nak digambarkan dengan kata2... walaupun kejadian2 yang menimpa Malaysia ni takdelah memberi kesan kepada aku secara khusus, tetapi secara amnya, aku sebagai rakyat Malaysia yang punya perasaan, terasa dengan semua kejadian yang menimpa....

MH 370 yang hilang belum lagi dijumpai, pesawat MH 17 yang ditembak jatuh, banjir dan tanah runtuh di cameron highland, perubahan suhu mendadak yang menyebabkan semua air di empangan dan sungai jadi susut, catuan air, dan sekarang banjir yang melanda sebahagian besar negeri2 di Malaysia... terbaru, pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang telah dijumpai terhempas di lautan dan sekali lagi, tanah runtuh di cameron highland... Ya Allah.... sungguh besar dugaan yang Kau berikan... aku tau semua ini ada hikmah disebaliknya... mungkin juga pengajaran untuk hamba2 Mu supaya sentiasa mengingati Mu... T_T

redha lah dengan apa yang terjadi sahabat2 semua... ini hanya ujian dunia... Allah itu Maha Mengetahui... setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.... bersyukurlah.... sekurang2nya apa yang terjadi ni buat kita semua bersatu hati... buat kita semua mengingati Allah... aku juga bersyukur sebab masih lagi ada sahabat2 di Malaysia ni yang sangat prihatin membantu mangsa2 banjir... rakyat Malaysia memang dermawan... saling bantu membantu dikala kesusahan.. cuma aku mohon, buatlah dengan ikhlas tanpa mengharap apa2 balasan... haraplah redha Allah... hanya Allah yang mampu membalas perbuatan baik anda...

buat ahli keluarga yang terlibat dengan nahas pesawat, bersabarlah dengan ujian ini.. sedih memang sedih.. lagi2 MH 370 yang kita tak tahu masih ada lagi atau telah lenyap... berdoalah semoga kita masih ada peluang dipertemukan lagi dengan mereka... Aamiinn...

Ya Allah.. kami redha dengan segala ujian yang menimpa kami... Kau tetapkanlah hati dan iman kami agar sentiasa mengingati Mu...



1 ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."