Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

19 Mac 2014

Tempat Baru


Assalamualaikum...

hari ke 3 di tempat baru... aku masih lagi nak sesuaikan diri... sentiasa alert.. aku punya alert tu dah jadi 3x ganda... hahaha... staf tak ramai, so haruslah sibuk sebab bahagian kewangan kan..

banyak jugak dengar cerita2 kurang enak.. kalau boleh aku nak ignore je.. tapi dalam masa yang sama, kecut gak perut... tapi takpelah.. aku pegang kata2 akak kat bahagian lama aku.. "kita buat baik dengan orang, orang pon akan buat baik dengan kita" *ohh rindu bahagian lama...*

belum pon seminggu.. jadi, isu hangat pertukaran aku ke bahagian kewangan belum reda lagi... setiap kali terserempak dengan staf2 bahagian lama, mesti diorang akan tanya "kenapa mintak tukar?" "kenapa tukar bahagian?" jenuh jugak lah nak menjawab... nasib la yang tanya tu, kira yang rapat dan yang selalu bertegur sapa dengan aku.. ada la tak sampai 50 orang.. kalau semua orang kat bahagian lama aku tu dok tanya, mau kejung bibir haaihh...

dalam masa 3 hari ni.. aku lebih suka jadi pemerhati.. diam je duduk dalam bilik.. sambil kemas2 barang, taip sana sini info bahagian apa yang perlu aku tau... sampaikan orang kat bahagian ni pelik tengok aku tak keluar bilik... akak kat depan bilik aku ni pon tegur... akak kat unit hujung tu pon dah tegur.. kenapa duduk dalam bilik je... tak keluar ke sembang2 dengan kitorang... aiseyy... kena ke? hehehe... akak CC pon selalu tanya aku, ok ke tak? aku jawab.. ok je sambil angkat ibu jari.. hahaha..

aku rasa aku ni better tak diajak menyembang... kang tak larat pulak akak2 ni nak melayan aku kang... aku kat ofis memang jenis diam duduk bilik je... tapi tak bererti aku tak reti bersosial... aku sengaja letak sikit je jurang supaya aku tak lupa yang aku ni PA.. bukan semua benda kita boleh bawak sembang dengan kawan2 ofis... sesetengah perkara expecially berkaitan bos, diri sendiri dengan kawan2 rapat kat ofis tak boleh senang2 cerita kat orang.. betol x? cara ni aku dah buat masa mula2 masuk keja tahun 2008.. jadi aku dah tak boleh dan macam tak reti nak ubah cara aku ni... dan orang2 bahagian lama aku pon faham..

lagi 1, jangan ingat bilik dekat dengan bilik mesyuarat, boleh lah suka suki bila orang ajak makan pas habis meeting... puas la akak2 ni (kat bahagian lama) ajak siap berjemput lagi ke bilik... segan beb... aku akan ambik bila dipaksa dan ada member join ambik sekali.. kalau sorang2, memang tak lah... sanggup tunggu sampai dah takde orang, baru lah ambik.. tu pon ambik senyap2 je... hahaha.. punya lah penyegan aku ni...

so, bila dah masuk bahagian baru, lagi lah aku segan... hari pertama dah ajak aku ambik makanan, ex-bos yang pencen tu datang bawak serabai + kuah durian dengan mee goreng... 2 3 orang datang bilik ajak join sekali... last2 ada sorang staf lelaki datang... haa.. ni yang aku lemah ni...... terpaksalah aku pergi jugak ambik... aku bukanlah sombong pon... tapi segan.... segan gila kot....... huhuhu....



1 ulasan:

zal88 berkata...

gud luck kt tmpt bru li :)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."