Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

10 Mac 2014

Mungkin Mereka Lupa, TUHAN Itu Ada


MH370 jika difikir logik dan akal, kemana hilangnya kapal terbang yang sebesar MH370? Jika difikirkan, bagaimana kapal terbang sebesar itu boleh hilang? Jika difikirkan mengapa pilot tidak meminta bantuan jika berlaku apa-apa di atas kapal terbang? Jika terhempas, dimana? Jika masih diterbangkan, dimana? Jika di darat, dimana? Jika, jika dan jika... 

Beratus ratus tentera digerakkan untuk mencari kapal terbang MH370.  Peralatan terhebat digunakan. Tentera terhebat dikerahkan. Hampir 3 hari mencari tanpa hasil.  Air mata peneman tidur yang tak lena, doa pengubat hati yang lara. Kita mungkin lupa, sehebat mana tentera mencari, sehebat mana pilot yang membawa,  sehebat mana terlatihnya anak kapal, sehebat mana terciptanya kapal terbang, hebat lagi kuasa Allah...

Ya Allah.. bantulah kami Ya Allah... Jika ia masih dilangit, turunkan lah.. jika ia di dasar laut, timbulkan lah. Jika ia di darat, bukakanlah mata kami untuk melihat.  Bantulah kami Ya Allah, tanpa bantuan Mu Ya Allah, kami buta untuk melihat, kami hilang arah untuk mencari.  Hidupkanlah mereka, selamatkanlah mereka.. Supaya mereka membantu kami memberitahu betapa hebatnya kuasa Mu Ya Allah.. Bantulah kami, hamba Mu Ya Allah..

Aamiinn.. aamiinn Ya Rabbala'lamin....



#Pray4MH370


pesanan untuk manusia2 yang takpunya hati dan perasaan.. tolong jangan sebarkan perkara2 yang belum tentu sahihnya.. tak payah nak tunjuk pandai sangat... dan yang paling penting, jangan cuba2 nak politik kan MH370.. hal2 serius yang bersangkut paut dengan nyawa manusia ni tak boleh dibuat main.. takpayah nak buruk2kan parti sana sini.. mangsa2 selain rakyat Malaysia dalam MH370 tu bukannya pangkah UmnoPASPKRDAP bagai semua.. guna akal bila meluah rasa... jangan biadap! Tuhan tak suka! aku pon tak suka!!

1 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

amin...moga Allah makbulkan doa kita semua..berilah petunjuk Ya Allah..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."