Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

08 Julai 2013

Tebu & Kelapa


Assalamualaikum....





amacam?? terliur tak tengok air2 ni.. hakhakhak..... takde keja aku kan.. hahaha.. actually, aku bukan lah nak buat korang terliur... 

In Sha Allah, bulan puasa ni, ayah aku akan berniaga di bazar ramadhan berhampiran rumah.. ayah akan meniaga air tebu dan air kelapa... best kan?? aku excited gila kot... yelah, ni first time ayah meniaga... di bulan ramadhan pulak tu... dan ayah pon baru je start jual air tebu dan kelapa ni minggu lepas... jual kat hari sukan sekolah... 

aku tak tau macam mana ayah boleh dapat idea nak meniaga air tebu... mungkin sebab ayah tanam tebu kot.. tebu2 ayah ada je orang beli, tapi hari tu ada kes ape tah, ayah merajuk dan taknak jual tebu dia sampai tebu dah macam tua sikit.. tup2 dengar ayah dah beli mesin tebu... ish3.. kelakar je ayah ni.. hahaha... takpe, semoga Allah limpahkan rezeki buat Ayah... aminn...

so, sape2 yang tinggal dekat durian tunggal.. meh la datang ke gerai ayah aku kat bazar ramadhan situ.... hehehe... promote pulak...

eh, tetiba aku terasa nak minum air tebu & air kelapa... adehhh... 


pssttt : tak sabar nak balik kampung jumaat ni....

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."