Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

11 Julai 2013

Di pagi 2 Ramadhan yang hening.................................


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


Emel yang aku terima hari ini sangat menyedihkan... menangis sekejap mengenangkan kesedihan seorang ibu.. walaupun aku tak kenal, tapi hati aku dapat merasakan kesedihan tu... bayangkan kita berada dalam situasi sebegitu, bersediakah kita?

***

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan,

Untuk makluman semua rakan-rakan dan sahabat di JPN Seluruh Malaysia, seawal 7.30pagi tadi, dikhabarkan anak-anak kepada seorang kakitangan JPN Kamunting, Perak iaitu Puan Noraini Binti Rosli, PAP N1 telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke sekolah di Perlis. Basikal yang dinaiki dua beradik itu telah dilanggar lari oleh sebuah kereta proton. Akibat kemalangan tersebut, anak bongsu Puan Noraini iaitu Nur Aleya Batrisha berusia 6 tahun telah meninggal dunia manakala Nur Fatin Nabila berusia 10 tahun  cedera parah. Kedua-dua anak Puan Noraini bersekolah dan tinggal dengan bapanya di Perlis.

Berita malang tersebut  diterima oleh Puan Noraini ketika beliau telah sampai ke pejabat untuk mulakan tugas. Sejurus menerima perkhabaran tersebut, kakitangan JPN Kamunting Puan Aisya Normi bersama suaminya membantu bergegas menghantar Puan Noraini ke Hospital Kangar, Perlis. Di pagi 2 Ramadhan yang hening, tangisan dan raungan seorang ibu begitu amat menyedihkan sehingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Jesteru itu, sama-samalah kita mendoakan agar roh anak bongsunya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.....dan seorang lagi anaknya  yang sedang dirawat di ICU Hospital Kangar, Perlis selamat. Jenazah masih di Hospital Kangar, Perlis dan akan dikebumikan  di Tanah Perkuburan Mata Ayer, Perlis.

Sekian...

Salam Ramadhan





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."