Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

14 Mei 2013

Takdelah Nak Terasa Sangat.....


Assalamualaikum........

hari ni, sepatutnya aku kena pergi lawatan ke KLIA... kelab kat bahagian aku ni buat lawatan sambil belajar, saja nak tahu macam mana tahap keselamatan kat situ.... aku tak bagi nama pun.... tup2 nama aku ada dalam senarai... kalau ikutkan, sapa yang nak pergi, bagi nama... siapa cepat, dapat pergi... tapi kes aku, tiba2 nama aku ada tanpa aku bagi nama pon... huhuhu... adakah kerana aku pa kepada pengerusi kelab? atau aku ada kroni dalam jawatankuasa? hahahahaha... takdelah.. maybe bos aku suruh anak2 buah dia bagi nama aku kot... sebab bos aku memang suruh aku pergi.. katanya,  "dari takde buat apa2" nampak tak? nampak sangat aku takde kerja kat ofis ni.... *ok, boleh isi borang pertukaran sekarang*

aku nak pergi... nak sangat... bukan selalu dapat keluar kan... dari terperuk kat ofis ni.... *aku pandang pc, pc pandang aku* tapi, ada sebab2 kenapa aku menolak.... 

1. bos takde pagi ni... ada seminar di KL.. jadi, taknaklah orang kata "bos takde, pa pon takde".... jadi aku mengalah..

2. naz takde... dan aku telah diamanahkan oleh naz (takdelah amanah sangat... hahahaha) untuk jawab call dan terima surat2 untuk bos dia... bos dia ada, jadi kang kalau ada apa2, takot dia cari aku pulak... jadi, aku mengalah....

3. hmmmm... terasa hati..... entahlah... takdelah nak terasa sangat..... sejak permohonan nak pergi seminar minggu setiausaha ditolak, atas alasan seminar tersebut takde berkenaan sangat pasal setiausaha, walaunpun terang2 nama seminar tu Untuk Setiausaha, aku jadi macam...... hmm.. malas... malaslah nak cakap apa2.... jap2, salah ke kalau agenda dalam seminar tu lari sikit dari tugas2 seorang PA... takkan lah asyik nak pergi kursus seminar setiausaha berjaya, komunikasi berkesan.. surat menyurat.. dll.... rasa macam tak berkembang otak aku.. sekali sekala nak jugak lah rasa lain dari yang lain... kan? takpe...... aku mengalah...

selama hampir 5 tahun kerja ni.... apa yang aku dapat ea... oh.. dapat pergi Langkawi.. (tu pon sebab ada lebihan bajet latihan) selain tu...... hmm... dapat pergi kursus berbayar rm999 kat KL (vendor bayar) yang dapat gift beg dan shawl coach... tu je... lagi.... bos pon takpernah wish selamat hari setiausaha/minggu setiausaha... wish birthday aku pon pakai emel je.. padahal aku ada je depan mata.... hmm.. apa lagi ek? ada la lain2 yang aku taknak sebut... 

kecewa jadi setiausaha? tak jugak... malah bersyukur sangat2... Alhamdulillah... kalau tak, aku tak tau aku jadi apa... eh, aku takdelah nak terasa sangat... cuma lately asyik berpikir2 je... takpelah.... dapat pengalaman tu lagi penting kan? hehehe... ahh liana.. macam2 la ko... hmmmmmm.... 

1 ulasan:

zal88 berkata...

pnglmn tu pnting li..
wlaupun tmpt ko tp mgkin xssibuk tmpt ak..tp mne tau,lps ni ko g tmpt lain ke brtmbh bz ko..ehh..hehe

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."