Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 Mei 2013

Sakit Kepala





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


dah 2 kali aku sakit kepala, yang sakit dia sangatlah luar biasa.... dan dua2 kali ni kena masa awal2 pagi... dalam pukul 3 pagi.. dan tiap kali kena, aku mesti tak boleh tidur, tak boleh nak baring, berpeluh semacam, loya dan muntah... pertama kali kena, siap nak terberak terkencing semua... jalan terhuyung hayang siap nak terlanggar almari..

malam tadi, aku terjaga pukul 3 lebih.. sebab aku terasa kepala aku sakit sangat...  oleh sebab aku dah pernah kena sekali, jadi aku takde lah panik sangat... aku cuba cool.. relax.... mungkin sebab hari semalam, aku sakit kepala sepanjang hari, kurang minum air masak kot... semalam pulak, aku puasa... nak minum apa nya kan.... dengan tetiba badan panas semacam.. demam..

sakit kepala ni, ntah la... taktau nak cerita macam mana... rasa macam 1 urat kat kepala berdenyut2, macam tunggu masa nak meletup.... aku letak jari kat tempat yang berdenyut tu, terasa denyutan tu kat jari aku... huhuhu... 

aku try google kenapa jadi camni... dan jawapannya... hmmmm........ takpe, aku cuba positifkan diri.. takde pape la tu.... mungkin aku stress, penat, selalu migrain... dan keadaan cuaca sekarang pon tak menentu.. kejap panas yang terlampau... sejuk kadang2 je.... huhuhu.... 

hmmm.. cepatlah hari khamis.. aku taksabar nak balik kampung.. nak tidur sebelah mak.... kalau aku sakit kepala, boleh suruh mak picitkan kepala.. eh, tetiba emo pulak... yelah, malam tadi menahan sakit sampai berjurai2 air mata.. time tu lah baru nak teringat mak kan.... T_T




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

1 ulasan:

zal88 berkata...

ko kna rhat ni li..ke ko byk trlibat aktvt luar..cuaca skrg xbrp elok utk kte..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."