Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

17 April 2013

Extreem Weight Loss - Buat Aku Menangis


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


Assalamualaikum..

korang pernah tak tengok rancangan program diet Extreem Weight Loss? rancangan ni kat channel Astro TLC 707.. aku baru je ikot rancangan ni... eh... maksud aku, baru je tertengok... minggu lepas.. program ni setiap hari selasa, malam... 

apa yang menarik sangat rancangan ni? dah nama pon weight loss, mestilah aku suka tengok.. walaupun belum ada kesedaran dalam diri ni nak kuruskan badan (niat dah ada, usaha belum lagi... hehehe) ok, takpayah la cerita pasal aku yang konon2 nak diet ni... meh aku cerita sikit pasal apa yang aku tengok dalam rancangan ni...

peserta kali ni, seorang lelaki.. Tony, berusia 49 tahun.. yang nak berubah dan sambut hari jadi yang ke 50 tahun nanti dengan badan yang kurus dan sihat... dia memang nak sangat berubah... akhirnya impian untuk dia berubah tercapai bila program ni ambik dia sebagai peserta...dan trainer dia adalah Chris Powell.... program ni mesti diikuti selama 1 tahun.. 1 TAHUN OK... ada 3 fasa sebelum sampai ke fasa terakhir iaitu timbangan final..

ok, kenapa aku menangis....?? ala... biasalah... aku kan cengeng... hakhakhak... aku menangis sebab perjalanan hidup dia selama 1 tahun untuk berubah tu banyak sangat benda2 yang sedih berlaku... antaranya, first skali dia macam dipandang rendah je dengan teman wanita dia, (sebab gf dia pon gemok jugak dan takde hati nak berubah sama2), dia keluar dari rumah teman wanita dia... tapi dia tak tau nak tinggal mana... dia tinggal dalam kereta selama beberapa bulan... anak dia (kurang upaya) meninggal selepas 28 tahun bertarung untuk hidup... haisshhh... sedih aku... 



sory, gambar kabur
masa sesi pertama timbang, dia dah menangis... sebab dia kena timbang pakai penimbang besar ni.. yang hanya sesuai untuk timbang barang2 dari kontena..... dan berat permulaan dia adalah 398lbs.... fasa pertama, 3 bulan, turun 104lbs.. gila kan?? target dia nak turun 100lbs je.... fasa kedua, 3 bulan berikutnya dia kena turun lagi 30lbs.. tapi masa tu dia turun 29lbs.. ok la kot... tapi dia frust sangat.... agaknya masa tu dia dalam keadaan tertekan pasal kes dia dengan gf dia.. dan fasa ketiga, aku tak ingat dia turun berat berapa... tapi masa fasa ketiga, dia mintak untuk buat pembedahan untuk buang kulit kendur kat perut dia... 2 bulan dia takdapat workout sangat sebab nak pulihkan luka pembedahan.. dan hanya tinggal 4 minggu untuk workout habis2an sebelum timbangan terakhir...




akhirnya.....


dahsyat kan?? berat masa timbangan terakhir adalah 198lbs... penurunan sebanyak 200lbs... sangat2 membanggakan.... bukan saje badan dah kurus, dapat lagi hadiah USD 50,000.... 

setahun dia ambik masa nak kuruskan badan... yelah, mana boleh nak kurus sekelip mata... dia dah ternak lemak kat badan dia selama 38 tahun... mestilah ambik masa yang lama jugak untuk buang lemak2 tu semua...

sama jugaklah macam aku.... orang desak2 aku, suruh kurus.... aku boleh je... tapi jangan lah nak tetapkan dalam tempoh yang singkat untuk aku kurus.... aku pon gemuk dari kecik... jadi, aku pon akan ambik masa yang lama untuk buang kegemukkan ni.... huhuhu... In Shaa Allah... kalau umur aku panjang, korang mesti dapat tengok aku kurus... siapa taknak kurus kan? semua orang nak kurus, cantik.. ehh... tetiba aku pulak yang emo.... huhuhu... (padahal diet selalu yangyok je... alasan.. alasan... hak3)

apa2 pon, usaha tu...... kalau tak usaha, mana nak datang perubahan kan?? ingat tu Liana!! sendiri yang cakap, tapi sendiri taknak berubah... hahahaha... nak la... aku dalam pembikinan perubahan la ni.... slow2... semalam aku dah start balik pergi aerobik... gila penat setelah setahun lebih tak pergi... tapi yang bestnya, badan kaki aku tak sakit bila bangun tidur pagi tadi.. maknanya, akak yang ajar tu pandai dan tau teknik2 pergerakan dalam aerobik tu... bukan main pakai bantai je... hehehe... best sangat... sebab dalam aerobik je la aku boleh menari2 kan... hahaha... semalam dapatlah menari gaya2 arab sikit... yang kasi goncang badan punggung bagai tu... terasa macam nak tercampak keluar lemak2 aku... hahahahaahahahaha....




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

7 ulasan:

Maya Dhira berkata...

chaiyok!!

sue. berkata...

syg....takpelah kita berisi...y penting kita sihat...tau...xmaulah stress na...we can do it!!!!!!

<3,
susue

LiaNa YuSoF berkata...

maya : thanks.. ^_^

sue : hehe... ok....

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

ha, aku bg tempoh setaon kt ko tw li..bermula bulan depan..hehe

biarlah badan besar pun li, yg penting sihat dan happy...

Hustler berkata...

Chayok2!!! Hahahaha.. tapikan Lia, masa aku training PLKN dulu, coach yang ajo poco 2 jam tuh sakap, lau besok mangun pagi, badan tak sakit2, lemak2 tak pecah lagik weh, cane?? Tuh yang lau aku training dapat sakit2, aku gelak.

LiaNa YuSoF berkata...

aku pernah dengar jugak...... hahaha.. selalu kalau wat pape mesti badan sakit2.. tp kali ni taksakit.. adehh.. tiba2 teringat en.hafiz perunding imej ckp," kecantikan adalah melalui kesakitan.." hihihi...

Hustler berkata...

Hahahahaha.. No Pain gain, no gain, makna kata coach aku berperpatah, lau ta sakit tuh, maknanya, lom tahap badan ko transform, huhuhu.. siyes nih.... badan masih lagik selesa la katenyer...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."