Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

08 April 2013

Anugerah Bintang Popular BH 2012


Assalamualaikum.....

wah... nak cerita pasal abpbh....... korang setuju ke dengan senarai2 pemenang? hehehe... mesti ada yang tak menjangka Shaheizy Sam akan menang lagi kan? sama lah macam aku...... hik3..

tapi....... masa diorang nak umumkan siapa bintang paling popular tu, aku cakap, alaaa... zizan takpayah la... huhu... (jahatkan?) bukan sebab aku taksuka zizan.. aku suka... cuma..... hmmmm... belum layak lagi kot.... korang peminat2 zizan, jangan marah ea... aku pon peminat zizan jugak.. cuma dia belum layak, dan mungkin bukan rezeki dia... huhuhu... aaron pon aku cakap takpayah.. sebab dia dah menang tahun lepas... aku asyik berfikir, siapa yang layak... sampai diorang umumkan nama Sam... ooo.... oklah tu...

ok, untuk pemenang2 lain, bermula dengan Artis Baru Lelaki Popular, ikot populariti.. Aiman Hakim memang layak.. tapi, kalau ikot pilihan aku, aku lebih memilih Izzue Islam... takpayah la kata aku pilih dia sebab dia hensem.. semua finalist hensem2 belaka... mungkin sebab dia pernah menang award sebelum ni... dan lakonan dia dalam 29 Februari tu harus dipuji..

Artis Komedi Wanita Popular.. aku dah jangka kemenangan Didie Alias.. dan aku sangat2 bersetuju... tapi........ alahai.... baju apa yang deknon pakai ni.... kot ye pon nak glam kan... menatang kat kepala tu, serius.. sangat menggangu pemandangan orang di belakang.. aku yang tengok kat rumah ni pon terkezut beruk deknon... huhuhu.....

kemudian, Artis Duo/Berkumpulan Popular.... yang ni pon sengit jugak.. aku agak, kalau tak Black/Malique menang, mesti Najwa/Sleek.... tapi rezeki lebih berpihak kepada Black/Malique.. yelah... tahun lepas lagu ni bukan main famous lagi.... tak ketinggalan, penyampai untuk anugerah ni, ada Anzalna dengan Neelofa.. hahaha... penganjur pon... kot ye pon, takpayah la nak gandingkan orang2 yang tengah masam muka ni.. memang diorang kata diorang profesional... tapi tak ke nampak macam hipokrit kat situ... tapi, kalau diorang betol2 dah baik, Alhamdulillah..... dan..... sory la Nubhan.. orang mesti takpandang awak sangat.. sebab sibuk perhatikan Anzalna & Neelofa.... uppssss.. hehehe..

Pengacara TV Lelaki Popular.... tahniah Pak Nil.... rezeki tahun 2012.... memang takboleh disangkal lagi.... walaupun kat tv banyak muncul muka AC.. takpe Dato' AC, tahun depan banyakkan lagi aktiviti dengan peminat, mesti banyak yang akan mengundi... hehehe..

teros kepada Penyampai Radio Wanita Popular... dah menang berapa kali berturut2 dah Farah Fauzana ni.. aku pon dah tak terkira dah...... aku ok je dengan keputusan ni.. sebab tengok Dj2 wanita kat negara ni tak ramai dan tak famous sangat... hmmm..... dan Fafau turut menang Pengacara TV Wanita Popular..

ok, untuk Pelakon Filem Lelaki Popular.. aku memang pilih Sam.. hehehe.. memang patot pon dia menang.. tahun lepas Sam banyak keluar filem... 

dan Aaron Aziz menang Pelakon TV Lelaki Popular... ni gara2 drama Adam dan Hawa la ni... hehehe... tahniah Aaron... atleast, dapat jugak award dari balik tak bawak apa2 kan....

untuk Artis Baru Wanita Popular, aku ok je mana2 finalist ni.. sebab takde yang aku minat... upppsss.... hehehe... tahniah Wawa Zainal...

Penyampai Radio Lelaki Popular.... hmmm... aku nak Johan yang menang... adehhh.... soryla Johan, I tak undi U.. sebab tu U tak menang... huhuhu.... takpe, tahun depan boleh cuba lagi.... untuk FBI, tahniah...

anugerah diteruskan dengan Pelakon TV Wanita Popular... dan aku sangat2 setuju dengan kemenangan Nabila Huda... hehehe.... (aku peminat dia uiii) tapi, aku tak suka la baju dia... seksi sangat..... huhuhu...

tahniah kepada Shila Amzah.. aku ingat Yuna menang lagi.. tapi tahun lepas sampailah Feb haritu, nama Shila memang hot kan.. tak tau kenapa dia tak hadir, mungkin dia kat China kot.. tahniah, Penyanyi Wanita Popular..

Artis Komedi Lelaki Popular... masa penyampai nak sebut nama pemenang, penonton2 yang dekat tepi stage tu jerit nama Jep... hehehe... dahsyat kot kalau Jep menang... hahahaha... tapi Jep tercalon tu dah cukup baik, dah nampak populariti tu... dan tahniah kepada Zizan, merampas balik trofi dari Johan.. hehehe... ku sangka Johan yang menang, tapi aku lupa, Zizan lagi ramai peminat..... hehehe..

kemudian, Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat... memang layak diberikan kepada Kumpulan Search... dah lebih 30 tahun penglibatan diorang rupanya... huhuhu... lama..... tapi sayang, Amy Search tak dapat hadir... kalau ada mesti lagi gamat stadium.. tahniah Search... pewwwwiiiitttt......

anugerah diteruskan lagi...... masa ni aku dah mengantuk2 dah.... boleh dikatakan perjalanan majlis tu ada up ada down... tapi tu nanti aku cerita jap lagi.... Penyanyi Lelaki Popular... dah tau dah... mesti Hafiz.... baguslah ucapan Hafiz kali ni.. ringkas.. tapi mendalam.. wah gitu.... hahaha.... nampak dah kematangan dia...

anugerah terakhir sebelum umumkan bintang paling popular, Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular...aku memang nak sangat Yana Samsudin menang.. bukan sebab nama dia sama dengan nama aku... hehehe... tapi aku tengok populariti dia meningkat naik sejak dia berlakon Bini2ku Gangster... bukan saja boleh berlakon filem/drama komedi, tapi boleh jugak menjiwai watak2 sedih macam dalam drama Surat Dari Langit Biru...  orangnya low profile je...

oklah..... ok ke senarai pemenang2 ni? aku ok je.... sebab aku bukan mengundi diorang pon... hehehe... jadi takpayah nak banyak bunyi sangatlah... hik3... cuma aku nak cerita pasal perjalanan majlis malam tadi....

permulaan majlis je dah kantoi... ok dah elly noor dengan mastura nyanyi tu.. sekali masuk AC & the geng, aku rasa macam hura hara je stage.... hahaha... lepastu masuk pulak ONE... dengan muzik celaru dah macam CD rosak.... hak3.. 

lepastu, banyak persembahan2 nyanyi kan.. lagi lah part yang karaoke tu... semua layan habis... pastu persembahan khas untuk kumpulan Search... artis2 youtube... sampai la persembahan last sekali, pengacara pon nak nyanyi jugak..... hahahaha.. aku rasa semua dah ok dah.. cuma, majlis ni bukannya konsert... dapat nyanyi sikit tu oklah... kalau nak nyanyi banyak2, kurangkan penyanyi... so, takdelah penyampai2 ni takde masa nak bercakap... semua kena cut sebab nak cepat.... persembahan semua, so-so la... tak ada yang menarik sangat... part yang 5 artis wanita tu pon, ok la.... lagu Raja Ema, di korea kan... aku bukan peminat korea, jadi aku tak berapa sangatlah dengan perubahan lagu tu.... ok2 jer...

yang aku suka, masa Johan buat parody tu.... hahahahahahaha...... rasa nak gelak guling2 je.... adehh.. sampai terbukak getah rambut U Johan.... rambut dah macam hape daaa.... terbaik lah!

overall, best.... banyak juga kekurangan, tapi boleh diperbaiki.... kepada Shaheizy Sam, tahniah....!


pssstt : amacam artikel aku? dah boleh jadi wartawan hiburan tak? hakhakhakphuiii.....



2 ulasan:

zal88 berkata...

ak pun xsgka shaheizy sam..
tp xksh la..mane2 pun..mcm ckp ko li..sbb mmg xundi pun..hehe

LiaNa YuSoF berkata...

kan... kan.... tak koser nak undi2 hehhh...

hahaha..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."