Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

07 Februari 2013

Kalah Lagi


Assalamualaikum...

macam biasa, entry pasal bola sepak...

malam tadi, gigih aku berjaga (konon) sebab nak tengok Harimau Malaya menentang Qatar, perlawanan pertama kelayakan Piala Asia.. ikutkan, start pukul 11.00.. tapi ntah kenapa ntah, ada masalah teknikal agaknya, siarannya lewat sikit... sebelum tu dengar la pengkritik2 bola ni berbahas, sampai naik mengantuk aku dibuatnya..

sekarang ni, aku macam dah takde mood nak tengok perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya.. rasa sakit hati.. lagi2 bila tengok muka Rajagopal tu.. adehhh... dah tu, sejak2 akhir ni, HM banyak kalah... ok, aku bukanlah suka bila menang, benci bila kalah.. kalah tu adatlah... tapi statement2 yang keluar dari mulut jurulatih lepas habis perlawanan tu yang buat aku sakit hati... banyak sangat alasan dan gaya cakap macam bongkak sikit.. cehhh.. yeye je aku... hahahaha...

apa2 pun, aku tetap sokong HM.. kan aku dah cakap, aku peminat HM dan Harimau Muda..mestilah aku kena sokong.... cewah.... harap2, perlawanan HM dengan Yaman nanti, lancar dan aku doakan kalau tak menang pon, seri pon jadi lah... kan.. kan.... 

oh, pasal perlawanan malam tadi, aku bukan layan sangat... tengok2, tapi bila macam bosan sikit aku tertidur... lepas tu tersedar, lepas tu tertidur... tersedar tertidur tersedar tertidur.. bila wisel tamat bunyi, tengok keputusan 2-0, segar pulak bijik mata ni... adehhh... bila tengok balik, kekalahan tu takdelah terok sangat... diorang main dengan sangat baik.. cuma takde rezeki kot... aku tengok pemain2 Qatar main sungguh2, pantas.... 

hmm.. dah la... asyik cerita pasal bola, korang bosan pulak nanti.. hak3.. 

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."