Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

11 September 2012

Harap Huda Dipermudahkan Bersalin...


Assalamualaikum....

macam takbape nak kena je tajuk kan.. aku tak reti la buat ayat untuk orang nak bersalin ni.. hak3.. pagi tadi, baru je bukak pintu depan bilik aku, aku nampak kaklin panggil2.. "yana...yana... sini cepat!" aku pon, apahal ni? aku dok pikir huda nak bersalin ke? letak makanan, teros pergi bilik huda.. sekali tengok dia tengah berdiri, mata dah merah... aku pon, apa lagi.... PANIK..

tapi.... aku taknak la nampak sangat panik kan... tuan badan dah panik, aku pulak dok panik skali, kang 1 benda takjadi.. huda mintak hantarkan dia ke hospital.. sebab air ketuban dia dah pecah... habis basah baju dia... aku macam blur... huda ok x ni? huhu... aku macam, errrrrr..... nak buat apa ni? xpe huda, jom pegi hospital..

amek segala mak nenek beg duit, kunci kereta, pas kerja semua, maka berangkatlah kami ke hospital serdang.. dalam kereta tu, aku dok tanya la, huda ok ke? sakit ke? dia kata sakit macam senggugut tu.. huhuhu.... tiba2 perot aku pon nak sakit gak kan... tapi, aku dok suruh dia relax... jangan panik2... jangan takut.. patutnya aku suruh la dia baca2 doa ke kan.. haishh... terlupa pulak.. tapi sepanjang jalan tu aku doa, Ya Allah, janganlah huda rasa sakit nak bersalin dalam kereta ni.. tunggu la sampai hospital.. Alhamdulillah.. sempat sampai hospital, teros pergi kat Dewan Bersalin tu..

kat sana, husband huda dah tunggu da.. teros masuk dalam... aku, pergi park kereta... parking pulak takdo.. kemain jaoh lagi aku parking.. tapi xpela.. jalan sikit... dah park, aku teros pergi kat tempat menunggu Dewan Bersalin tu.. nampak huda tengah duduk.... husband dia takde. rupanya husband dia balik rumah amik kad merah.. huda lupa nak bawak... aku pon patah balik jugak kat kereta, sebab huda pon tak sure kat mana dia letak kad merah tu.. kot2 ada dalam kereta... kat ofis, naz pon dok geledah2 tempat huda.. kot2 ada kad merah tu.. bos huda pon sama jugak, tolong cari kan... alahai puan.... puan pon panik jugak..

lama jugak mencari kad tu.. takde pon dalam kereta... husband huda pon melilau cari kat rumah.. aku rasa setengah jam ada kot dia mencari.. akhirnya jumpa jugak.. aku pon patah balik pegi kat Dewan Bersalin tu.. sekali masuk tengok huda takde.. abang kat belakang tempat huda duduk tu cakap huda baru je masuk.. masa aku dok2 cari kad tadi, huda ada msj, kad da jumpa, dan dia cakap dia dah rasa2 sakit da... aku meloncat teros gerak pergi Dewan Bersalin balik.. rupanya dia dah masuk dah...

bape minit tunggu, husband huda pon sampai... aku cakapla huda da masuk... dia pon pegi kat kaunter, teros masuk dalam... 2minit lepas tu dia keluar, cakap doctor tengah check huda.. maybe check bukaan kot... dan husband huda suruh la aku balik ofis.. nak tunggu pon taktau pukul berapa huda bersalin kan... aku pon, pesan kat husband huda, kalau ada apa2 bagitau.. lepastu mesej huda, teros aku balik...

nervous mak nokkk... macam aku pulak yang nak bersalin nya... hak3... kawan2, sama2 la doakan huda ea.. semoga selamat ibu dan baby.. semoga mudahlah huda bersalin.. aminnn....

4 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

amin...nsb baik xbersalin kt ofis..hehe...huda mmg xamik cuti b4 bersalin ke?ke due die lmbt lg?

ape pun, mudah2an ibu dan baby selamat...

aBoi berkata...

insyaAllah...
selamat bersalin nanti. baby dan kawan hang tu sihat hendaknya..hehe

LiaNa YuSoF berkata...

timah : ikotkan due dia akhir bln.. tp da bsalin da dia.. hehehe... mudah huda bersalin.. alhamdulillah..

dayah : kwn aku da bsalin dah.. bb gurl... alhamdulillah, dua2 sihat..

zal88 berkata...

wah..rzki huda..sng brsalin..baby nk kuar awal la tu..alhmdullh la kn..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."