Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

16 Mei 2012

Selamat Hari Guru..


Assalamualaikum...

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru kat Malaysia ni... dan tak lupa, kepada cikgu-cikgu aku.. yang dari sekolah tadika sampailah ke politeknik.. eh, pensyarah tu pon kira cikgu jugakla kan.. hehehe... patutnya tukar, Hari Pendidik, baru la cara.. haha..

cikgu-cikgu sekolah tadika, aku dah tak ingat da.. sebab dulu aku sekolah 2 tempat.. 1 masa umur 5 tahun, Tadika Kemas bawah rumah aku kat PPH, Cheras.. pastu umur 6 tahun kat Tadika Al-Mustaqim kat Taman Cuepacs, Cheras... 

sekolah rendah, SK AU Keramat... Selamat Hari Guru buat Cikgu Rohana (gila garang cikgu ni), Cikgu Zulkhaimi (hensem gila cikgu ni.. haha) Cikgu Dolah, Cikgu Zubaidah dan ramai lagi cikgu2 yang rata2 nya adalah garang2 belaka.. aku kalau dah garang, memang tak masuk kepala la kan.. hahaha.. tapi, serius aku memang tak ingat dah nama cikgu sekolah rendah.. kalau tengok muka aku kenal la kot.. hehe..

sekolah agama, aku taknak ingat.. walaupun aku banyak jugak berjasa dengan sekolah tu, masuk marhaban, jadi johan peringkat daerah, tapi kalah peringkat negeri.. sebab? sebab aku taksuka nak ingat ustaz yang ajar aku marhaban tu.. huh! dia sangat gatal ok!

sekolah menengah, SMK Taman Setiawangsa... Selamat Hari Guru buat Cikgu Zabidah (cikgu ERT form 4 & 5 yang gila sporting), Cikgu Hamidah (cikgu Sains yang selalu belanja makan KFC.. hehe), cikgu Math form 5, lupa la nama dia.. huhu... pasal cikgu lah, saya jadi minat gila dengan Matematik.. thanks cikgu.. pastu Cikgu Zaida (mentor merangkap cikgu BI aku), cikgu2 kelas tambahan, pon nama tak berapa ingat.. haissshhh.. kena bukak balik majalah sekolah ni.. hmm...

dan... politeknik PD, Selamat Hari Guru (buleh pakai ke? hehehe) buat En. Ashri, lecturer kesayangan ramai.. Puan Juhana, Puan Rohana dan ramai lagi lah.. 

"Terima kasih kerana telah mendidik saya menjadi orang yang berguna... (^_^) Jasa kalian semua akan dikenang sampai bila2 walaupun ada yang saya dah lupa nama nya.. huhuhu... (almaklumlah, tua mengejar kita..)"

dulu cita2 aku nak jadi guru.. tapi cita2 tu dah ke laut nampaknya.. hahaha... jadi setiausaha pon ok what? hehehe...

~bajet buat entry ni, cikgu aku baca lah sangat kan.. tak penting itu semua, janji.. kita ingat cikgu kita, tu dah cukup.. betol tak kawan2? hehehe...~


2 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

En. Ashri, Pn. Juhana semua tu mane boleh wish hari cikgu sbb diorang lecturer, cikgu Siri je bley wish hari cikgu...tu pun aku jela bley wish sbb aku pggil die cikgu siri..hehehe

LiaNa YuSoF berkata...

hahaha... aku terlupa pula akan cikgu siri ko... ko je la yg panggil dia cenggitu.. hahaha....

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."