Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

20 Februari 2012

Aku Sangat Layan.......... (^_^)

Assalamualaikum...

sebelum kesibukkan melanda aku, baik aku isi masa yang terluang sikit ni dengan mengupdate blog aku yang tak berapa nak ada orang baca sangat.. hahahahaha... (ayat lintang pukang daaa..). setiap hari isnin hingga jumaat, aku adalah orang yang akan duduk melekat depan tv pada pukul 6.30 petang.. haa.. untuk apa? ni lah yang nak bagitau ni... hehehe...

Nada Cinta, sinetron dari Indonesia yang dijayakan oleh pelakon2 remaja terkenal seperti Randy Pangalila, Mikha Tambayong, Aditya Firmansyah, Michella Putri dan ramai lagi... ada juga pelakon hebat Dewi Sandra dan Luna Maya... sinetron ni adalah bertemakan romantik komedi muzikal.. wah.. best kan?

kenapa aku layan sangat sinetron ni? sebab Randy Pangalila kah? yaa.. salah satunya... hehehe... tapi sebenarnya, aku suka sangat cerita ni sebab cerita ni selain berkisarkan percintaan remaja zaman sekarang, tapi juga berkisarkan persabahatan... aku suka sangat hubungan persahabatan dalam cerita ni... saling bantu membantu, saling bekerjasama.. saling sayang antara satu sama lain... saling.... saling semua lah senang cerita.. hehehe... aku bila tonton cerita ni, terasa yang aku balik semula ke zaman persekolahan dulu... time ni la nak teringat kawan2 sekolah.. huhu...

setiap watak dalam cerita memang berbeza... tapi yang penting, cerita ni boleh buat aku tersenyum sentiasa... karakter2 diorang ni best sangat.. kelakar... happy..... dan yang aku suka, heroin nya Mikha tu orang kata takdela cantik sangat.. orang kata la.. bukan aku kata... bagi aku dia sweet... tapi yang suka kat dia adalah orang yang paling ganteng kat sekolah... hahahaha... zaman sekarang ni orang pandang rupa je... tapi bagi aku, hati yang baik tu lagi penting.. erk! motip? hehehe.....

okla, kang cerita lebih2 orang kata aku perasan nak kembali ke zaman muda.. eh, aku memang muda lagi pon.. kih3.. tak pon perasan nak pakwe macam Randy atau Aditya ke... hahaha... xdela... tak kesah la orang nak cakap apa, janji aku suka cerita ni! yeaayyy!!




Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."