Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

09 September 2011

aku bagaikan orang-orang
berdiri
ditengah-tengah kotak sawah
dengan pohon padi yang merimbun
yang tumbuh mengelilingi
ibarat menemaniku
namun, realitinya
aku hanya sendiri

kerana
ianya hanyalah
ciptaan Tuhan..
yang hanya teguh disitu
tidak bercakap, tidak bergerak,
tidak ketawa dan tidak menangis
hanya bernafas, seperti aku..

adakala, aku rasa aku sunyi..
adakala, aku rasa aku sepi..
adakala, aku rasa aku sedih...
namun itu adalah satu perasaan
bila diri ini rasa tidak dihargai...



p/s : tiba2 aku rasa nak berjinak2 dalam dunia penulisan sajak dan syair... boleh ke aku? hehe..

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."