Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

07 Mac 2011

teRkiLan + keCewa

macam-macam pulak berlaku semalam..
bila 2 perasaan tu dah bercampur,
jawapan nya akan jadi marah + nak nangis..

semalam adalah hari terakhir kursus di morib,
dan aku rasa, kalau tak ada apa-apa,
aku takkan jejak kaki lagi kat hotel tu..
rasa sakit hati..

sakit hati pasal kes tuan rumah yang "tut" belum habis lagi,
ingat datang kursus kat situ, tenang la sikit
walaupun penat.. ni tak... tambah lagi sakit hati aku....

cerita nya begini,
ok.. awal-awal aku nak cakap,
memang salah aku sebab tanggalkan kunci dari key card..
ala, apa nak panggil ea benda tu,
aku pun tak pandai..
senang cerita, card yang sekali dengan kunci bilik,
kalau dah masuk bilik, masukkan card tu pada alat kat dinding,
terus hidup elektrik dalam bilik tu..
haa.. benda tu la..
korang paham kan?
kalau tak paham, buat-buat paham je la...

dah 4 kali aku pergi hotel tu,
4 kali jugak la aku tanggalkan...
alasan, malas nak tutup aircond sebab nanti balik bilik, bilik dah sedia sejuk...
tapi memang tak la kan,
sebab bila kerja-kerja housekeeping,
diorang akan tarik key card tu..
(nak elak pembaziran elektrik la kot...)

yang tu memang aku tak kisah,
sebab sepatutnya memang macam tu la..
kesenangan bagi aku tu maksud nya,
kalau aku keluar bilik,
pergi kolam renang ke,
pergi keluar sekejap ke....
memang aku tak tutup aircond kat bilik..
key card tu memang melekat sentiasa kat situ,

tapi semalam,
eee.. rasa geram yang teramat sangat....
benda alah tu tiba-tiba ghaib...
diorang yang kemas bilik,
mestilah diorang nampak benda alah tu,
takkan la aku ngn roomate nak sorok kan pulak benda alah tu,
nak buat apa?
tak bagi apa-apa faedah pun kat kami..

sebagai balasan,
kitorang dikenakan denda,
bayar rm50 sebab hilangkan benda tu....
eee.... geram!!
benda alah tu, terlekat je kat dinding tu,
dari kitorang masuk bilik tu (hari jumaat)
sabtu ok je, tiba-tiba ahad pas habis kursus,
hilang..... logik tak?

yang aku kecewa sangat tu,
diorang boleh sound,
"sepatutnya benda ni tak boleh tanggalkan dari kunci"..
memanglah salah aku,
tapi tak boleh ke cakap elok-elok..
ayat yang kalau boleh tak singgungkan hati pelanggan walaupun pelanggan tu salah...

pastu panggilla cleaner yang bersihkan bilik tu,
ni tak, dia pakai telefon pulak,
aku dengan roomate pulak pergi cari cleaner2 tu...
kalau kitorang yang tanya,
mestilah diorang tak mengaku....
hangin betul aku....

dah la aku terkilan tak dapat pergi kenduri kahwin
kawan kat KL (kawan sama-sama membesar)...
sebab nak pergi kursus ni..
pergi kursus, jadi pulak macam ni...

BENCI!!

5 ulasan:

aBoi berkata...

sabar je la lily..

Cik TTK berkata...

sabar cik lily...

LiaNa YuSoF berkata...

ye.. saya memang seorang yang penyabar.. kalau xsabar, memang budak hotel tu da kena maki dengan saya... huhu....

Ifa berkata...

waduh..ciannye.. sbo yunk..

wawa_addien berkata...

aduhai..cian nyer. sabar yer dik

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."