cuba anda bayangkan..
anda ada seorang rakan,
tapi Allah lebih menyayangi dia....
dia telah dijemput kembali kepada Penciptanya..
cuba anda bayangkan..
rakan anda tu adalah seorang isteri dan juga seorang ibu...
seorang ibu yang mempunyai 6 orang anak...
anak-anak yang masih kecil...
cuba anda bayangkan,
rakan anda itu telah pergi....
meninggalkan suami...
dan 6 orang anak...
3 dari nya adalah kembar.....
yang baru berusia setahun dua.....
cuba anda bayangkan...
keadaan bayi kembar 3 yang sangat comel itu,
tanpa ibu mereka disisi...
kerana ibu nya telah tiada lagi didunia ni.....
cuba anda bayangkan..
kehidupan si suami selepas ini,
tanpa si isteri...
perlu menjaga 6 orang anak yang masih kecil...
cuba anda bayangkan....
anda adalah salah seorang dari mereka........
~ sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah, semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... ~
~ terbaca tentang ini diblog abang ben.. mungkin aku tak perasan kewujudan entry tersebut... arwah meninggal sama ada akhir tahun 2010 atau awal tahun 2011 ~
~ walaubagaimanapun, setiap yang hidup akan mati... itu janji Allah... ~
~ Allahyarhamah juga tiada kena mengena dengan aku, mungkin juga dengan anda semua.. tapi sebagai saudara seIslam, tak salah aku kongsikan benda ni dengan anda semua, agar kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan arwah disana.... ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan