Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

26 November 2010

wHaT?? paSanGan MM yG akU miNat di PuLau pEserTa LaiN??

Sumber diambil dari : murai.com.my

Apabila seseorang itu sudah berada di puncak, pelbagai dugaan yang bakal ditempuhi.
Lebih-lebih cabaran yang boleh membuatkan seseorang itu rasa tertekan dan hilang arah.
Kalau tak dapat kawal, memang boleh jadi gila.

Inilah yang terjadi pada salah seorang peserta Mari Menari yang sentiasa mendapat
markah tertinggi baik dari juri profesional dan undian peminat,
siapa lagi kalau bukan MM Raziff. Murai Batu diberitahu, pasangan ini hampir terduduk
apabila mereka mendapat tahu ada seorang peserta yang sudah tersingkir telah
melemparkan cerita fitnah terhadap Raziff dan isterinya, Alia.

Dengarnya, disebabkan perkara ini juga, peserta yang masih tinggal dan
sama-sama berjuang dengan MM Raziff mempercayai kata-kata dusta yang telah
dilemparkan pasangan yang tersingkir berkenaan. Siapakah pasangan mulut jahat ini?
Murai Batu difahamkan ada peserta tidak mahu bertegur sapa dengan Raziff dan Alia.
Hai kenapa macam tu pulak?

Senang cerita, walau sebaik mana Raziff dan Alia melayan peserta yang tinggal,
mereka tetap menganggap pasangan ini sebagai pasangan yang telah menipu dengan
memainkan taktik kotor. Dia orang tipu apa ye?

Menurut sumber Murai Batu, MM Raziff dikatakan telah pun dipulau peserta lain s
ehingga membuatkan Alia tiada mood untuk bertanding lagi.
Ish jangan macam gitu dik..Ini baru sikit. Dalam pada itu, mengenai pasangan yang
tersingkir yang menjadi dalang menyebarkan cerita fitnah ini, rupa-rupanya dia sudah lama
mahu memasang perangkap kepada Raziff yang mana sejak dia mendapat tahu
pasangan Raziff dan Alia ni pandai menari.

Kalau tak silap Murai Batu pasangan tersebut telah melemparkan kata-kata seperti:
"Tunggulah nanti bila aku keluar, aku akan canang satu Malaya siapa engkau sebenarnya,"
...ish, ish, ish..dahsyat sungguh kan kata pasangan ini.

Namun, bila difikirkan semula, apakah punca sehingga menyebabkan pasangan ini dan
yang lain dengki serta busuk hati dengan MM Raziff? Kalau nak kata pasangan ini ada
latar belakang sebagai penari profesional, Murai Batu sama sekali tidak mempersetujuinya.

Yelah...Setahu Murai Batu, selain pasangan Raziff, ada beberapa pasangan lagi yang
pernah menjadi penari profesional. Siap pernah jadi penari kebudayaan di Istana Budaya lagi.
Kalau tak silap Murai Batu pasangan yang pernah bergelar penari profesional adalah
MM Zarin, MM Fahmi dan MM Ariz.

Jadi, Murai Batu harap kepada pasangan yang masih lagi ada dalam pertandingan ini,
janganlah anda bermasam muka dengan MM Raziff. Murai Batu tahu semua dalam
keadaan tertekan dan mahu menang. Pun begitu, sebagai pesaing..kita perlulah bersaing
secara sihat..Itu baru menang dengan ada maruah.

*********************************************************************

aku mmg minat tgok Mari Menari ni.... dan paling minat pasangan Razif..
yela, org yg pndai menari la yg kita suka tgok...
ni.... xbpe pandai, pastu blagak mcm pandai...
da le... yg da tkeluar tu, wat la cara da tersingkir...
dok diam2 kt umah tu, jaga anak....
huhu...

1 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

sabo jela...sape la mulut longkang 2 ye...nk kena basuh ngn air tanah 2...hehe

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."