Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

25 November 2009

PeNinG!!!

Beberapa tahun lepas, Ramli berjumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli.
Selepas itu, bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai mak mentua kepada bapak mentuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli.

Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.

Itu tak seberapa lagi.....

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga mak mentua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli.

Sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mentuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah mak cik kepada anaknya sendiri, Jamilah.... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahaha!! Muahahahahhhh!! Isk, isk, isk!!! Pening!!!!!

5 ulasan:

aBoi berkata...

haha...giler ah entri ni..pening aku dibuatnya...

NaNa YuSoF berkata...

btol2...
aku kena baca 3x baru aku phm....
wakakaka.....

wanna berkata...

aku lagik la..
dh berkali kali aku baca pon tak faham..
dah la aku nie jenis yang cepat blur..hahahaha
tak ntik ko pendekan citer nie dan citer balik kat aku k..hehehehehe

aBoi berkata...

aku bace banyak2 tu..malas nak pahamkan...ekekeke

NaNa YuSoF berkata...

hahaha...
xkuasa aku nk pendekkan cter wana...
ni da ckup pendek da...
hahahahaha.....

bgus dayah, xyah phmkn....
buang masa je...
kalu ada la yg kawin cmni..xtau nk habaq cmne la....

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."