Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

06 Mei 2015

Kita Hak Mutlak Allah.


Assalamualaikum....

Dah lama tak singgah blog... rasa takde mood nak update... tapi bila tengok blog terbiar, sepi je.. rasa rindu pulak nak menaip... 

Mak, dah disahkan oleh doktor yang mata kanan nya sudah tidak dapat berfungsi lagi.. makna nya, buta sebelah mata.. aku redha dengan ujian Allah ni, sebab aku tahu.. nikmat2 yang Allah bagi pada kita ni hanya pinjaman je... sekelip mata je, kalau Dia nak, Dia akan tarik...

tahun ni rasa aku tahun yang agak menyeksakan jugak laa.. bukan nak merungut.. cuma melepas sedikit keluhan.. tipu lah kalau didatangkan dengan ujian, kita tak merungut.. betul kan? masing2 punya cara masing2 untuk lepaskan keluhan... aku juga... mungkin cara aku lebih banyak mengeluh.. mengeluh bukan bermakna tak redha.. aku ni jenis cepat putus asa jugak laa.. bila tak tahan, menangis.. tu je laa.. cengeng kan.. huhuhu..

tapi makin lama, aku makin sedar, tak seteruk mana ujian yang Allah bagi.. ramai yang dapat ujian yang lagi berat.. so aku bersyukur... sebab aku dan keluarga terpilih untuk tempuh ujian Allah ni.... sedikit sebanyak, lebih mendekatkan aku dengan Allah, dengan family...

perkara yang buat aku sedih selepas ujian yang Allah bagi pada Mak, aku takut mak tak redha dengan apa jadi pada dia.. aku boleh nampak... mulut mak cakap lain, tapi hati dia? aku cuma tanya, "macam mana mak? mak ok ke? (merujuk kepada keadaan dia)" dan mak jawab, "ntah.. nak buat macam mana... terima je lah.." aku tau tu hanya kat mulut, tapi hati tak... tapi mak memang tak tunjuk sedih dia... 

beberapa hari sebelum operation, mak banyak diam.. bila tidur, mak akan mengigau.. seakan meracau.. bercakap, sedangkan mata tertutup.. berlanjutan sampai la hari mak operate.. malam selepas operation, aku yang jaga.. sampai2 selasa malam (28 April), aku teros gerak ke hospital.. malam tu aku balik naik bas je.. tak nak susahkan hati akak aku, dia nak balik, tapi pikirkan dia cikgu, baru lepas cuti kahwin, aku cakap takpe, biar aku cuti, aku balik dulu....

aku sampai mata mak dah berbalut sampai kepala pon dibalut juga... sedih tengok.. aku tanya mak sakit ke? mak cakap kepala dia sakit... dah bagi makan ubat... aku suruh mak tidur je... jangan pikir apa2... malam tu aku tak boleh tidur.. sekejap2 mak bercakap, sekejap2 mengigau... tangan bergerak, kuis2.. apa yang dikuis aku pon tak tahu... yang pasti aku dapat cam apa mak tengah buat... tangan dia seakan2 bergerak macam sedang menjahit.. macam pegang gunting... mungkin mak rindu nak menjahit.. kadang2 nampak tangan macam sedang menguli.. menguli tepung.. mungkin mak rindu nak buat kuih, jual karipap frozen.. benda2 ni la yang dah lama mak tak buat sejak dia sakit...

meleleh jugak la air mata ni.. sambil tu berulang kali baca Al-Fatihah, baca Ayat Kursi.. baca 3 Kul... ambik wudhu', solat.. solat hajat... lepastu baca yassin...sambil baca, pegang tangan mak... taknak kasi gerak2... dah pegang pon, still jugak gerak2, dok gentel jari aku pulak... hmmm.... kesian mak...

beberapa hari jugak la mak mengigau... Alhamdulillah, tak berlarutan... mungkin mak dah boleh terima kenyataan... dah redha.... mata oiii.. penglihatan yang Allah bagi... boleh bayang ke bila mata sebelah ni dah gelap? tak kan? tapi macam yang aku cakap tadi, nikmat2 yang Allah bagi ni pinjaman je kan... nyawa pon, sakit tak bererti Allah akan tarik terus nyawa.. mana tau aku yang pergi dulu sebelum mak..



3 ulasan:

zal88 berkata...

li..sedih..huhu..ko kna kuat semangat tau..

LiaNa YuSoF berkata...

hihi.. aku tetap akan kuat utk mak.. tq leha bg semangat kat aku.. ko pon, jaga kesihatan, jaga anak laki, jaga mak ayah baik2 k..

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."