Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

12 September 2013

Pestabola Merdeka 2013


Assalamualaikum....

dah lama kan aku tak cerita pasal bola.... hehehe.... orang sibuk2 update pasal Liga Super la.. Liga Perdana la.. Liga Malaysia laa.. aku tak berapa tengok sangat perlawanan2 liga dalam Malaysia ni melainkan masa separuh akhir dan final... kali ni, aku berminat nak update pasal pestabola merdeka sebab ni perlawanan menentang negara lain... yang ni aku suka.. hehehe... 





malam tadi, perlawanan antara Malaysia dengan Thailand, memang sangat menarik... aku jangkakan yang Thailand ni lebih agresif dari Myanmar, tapi ternyata................ oh lupa, sebenarnya Thailand hanya menurunkan pemain2 dari kelab, bukan pemain kebangsaan... nak simpan untuk Sukan Sea katanya.. hehehe..





sebelum ni, Harimau Muda kita dah mengalahkan Singapura 1-0 dan Myanmar 2-1.. tahniah pasukan Malaysia atas kerjasama, kegigihan dan prestasi yang ditunjukkan...

ok, untuk game malam tadi, pemain2 yang diturunkan memang the best... walaupun tanpa kelibat Wan Zack Haikal, K. Ruben dan Irfan Fazail selaku ketua pasukan, rentak permainan tetap nampak cantik... penguasaan bola yang sangat bagus.. walaupun banyak kali cubaan bola ke arah gol gagal dan pemain memperlahankan rentak permainan di penghujung masa kedua, pemain2 tetap konsisten.. pemain pon rajin turun naik.. tak macam sesetengah pemain Harimau Malaya.. (uppppsssss... hanya pendapat peribadi... hehehe) eh, aku dah macam pengulas sukan pulak.. hahahaha..

dan pemain yang menjadi perhatian malam tadi adalah... yang pakai jersi no. 11 tu... hehehe...




belum mula game lagi, aku dah nampak dia... "eh... rasanya macam penah nampak dia sebelum ni.. tapi dah lama taknampak dia main... sape ek?? hensem pulak tu..." hahahahahah.. nampak x? nampak x? hahaha... beliau adalah Mohd Rozaimi bin Abdul Rahman 21tahun orangSabahBah Striker Midfielder... hehehe...

oklah, harap2 pasukan kita dapat kalahkan Myanmar kat final nanti tak silap 14 September ni.. Myanmar, bukan calang2 pasukan.. tengok cara diorang main hari tu... lincah dan sangat agresif... kita doakan la pasukan kita menang ye... Kito Monang..! Kito Monang yoo... hahaha..


1 ulasan:

Hustler berkata...

Tahniah OKS. berjaya bawak harimau muda menang stret set sampai final.

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."