Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

15 Ogos 2012

Penuh Inbox Emel Aku...


Assalamualaikum...

Hari yang ke 26 dalam bulan Ramadhan.. alahai.... cepatnya masa berlalu... tau2 hari ahad ni dah 1 Syawal.. sedih pulak nak meninggalkan Ramadhan kali ni... harap2 aku dapat bertemu lagi Ramadhan tahun depan.. InsyaAllah..

ok, seperti yang kita sedia maklum.. (alamak! macam taip surat rasmi pulok! hehe) Ramadhan & Syawal ni, kalau takde kad ucapan atau kad raya, tak sah kan? tapi, berbeza sungguh dari zaman kita kecik2 dulu dengan zaman sekarang.. dunia betul2 dah berubah, zaman dah bertambah maju.. dah jarang dah orang nak tulis2 kad raya ni.. semua hantar pakai emel, fb, twitter, blog dan macam2 lagi la.. teknologi terkini la kata kan... semua nya dihujung jari... (ewah!).. jadi dah rasa macam takde kemeriahan sangat dah...

dulu masa kecik2, semangat betol bila masuk bulan Ramadhan.. masing2 sibuk cari kad raya, nak hantar kat kawan2.... siap pos lagi, padahal nak bagi kat jiran depan rumah je pon... hahaha.. (ok, aku tipu.. kalau jiran depan rumah, aku masuk dalam petisurat je.. hehe) kadang2 tu, semangat tu terlebih pulak, siap buat kad raya sendiri... betapa nak kreatif nya... hahaha... tapi sekarang, ada ke semua tu? mungkin ada... tapi dah takbanyak...

sama lah macam aku... aku pon dah takde nak bagi2 kad raya dah.. sejak2 aku pon dah takbanyak dapat kad raya.. hehehe.. aci tak? tapi ada jugak member aku kat KL yang bagi kad raya... tahun ni taktau dia bagi ke tak, sebab dia ada jugak merungut, yang aku takde pon nak hantar kad raya kat dia... hehehe... tahun ni, aku macam takberapa nak rasa kemeriahan raya tu.. semua ke laut... bayangkan lah kuih raya pon aku takde order tahun ni, lagi nak ingat pasal kad raya.. huhu...

eh, aku nak cerita pasal tajuk kat atas nun.. dah termelalut bagai pulak.... tapi dalam aku dok celoteh2 kat atas ni, ada jugak kena mengena dengan apa yang aku nak cerita ni.... ok, setiap tahun, apa2 perayaan sekali pun, emel ofis aku ni akan penuh dengan ucapan2 raya, kad2 raya, pantun2 raya dan sebagainya lah! hahaha... korang bayangkan kat Malaysia ni ada berapa banyak jpn ibu negeri dan cawangan... semua pakat nak emel kad raya... dari utara, sampai lah ke borneo nun... sampai aku tak terbacalah... dah tu bukan boleh simpan pon emel tu, dah baca teros delete... 

tapi aku seronok lah tengok.. kreatif2 diorang ni... macam2 versi ada... semua letak gambar masing2..aku tak kesah lagi yang hantar dalam bentuk pic, tapi yang dok hantar dalam bentuk word, powerpoint tu.. xleh blah betol.. hahahaha... (haha, kuang asam aku gelakkan orang) ape lah salahnya ko save as pic kan... xdelah susah aku nak klik manyak kali... lagi lah kalau letak pic kat word.. kan berat.. nak tunggu word tu terbukak je da makan masa... huhu... pc aku ni bukan nya pakai kelajuan kuasa kuda... hehe..

yang emel ucapan/kad raya mewakili ibu negeri tu ok lagi.. semua gambar staf dalam ibu negeri tu ada... ni yang hantar ikut cawangan.. eh, tu pon ok lagi... kadang2 yang kat ibu negeri tu, emel ikut bahagian.. contoh, bahagian kelahiran, kematian dan anak angkat, jpn negeri sembilan... kat jpn n9 tu je dah ada 7 8 bahagian... hahaha... belom lagi kat ibu pejabat ni.. hantar emel raya ikut unit.. unit crs la, unit mobile la... bayangkan 1 bahagian je ada lebih 10 unit, 1 ibu pejabat ada lebih 10 bahagian.... tu belom lagi yang hantar emel persendirian.. huhu.. jenuh nak bukak satu2.. yang hantar sampai 2x tu, saje la tu nak penuhkan inbox aku.... tapi ok jugaklah.. atleast.. terhibur jugak hati ni... hehe..




Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."