Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 April 2015

Mak


Mak..
org sedih bila doktor cakap mata kanan mak rosak teruk
org sedih bila doktor cakap mata kanan mak ada jangkitan kuman dan bernanah..
org sedih bila doktor cakap mata kanan mak takde harapan dah untuk sembuh
org sedih bila pikirkan, macam mana keadaan mak dengan mata sebelah yang dah tak berfungsi dan sebelah lagi kabur dan sudah dijangkiti kuman..

Mak...
org rasa nak berhenti kerja je, dan jaga mak...
semalam masa nak salam mak dalam ambulan, org tak nak nangis...
tapi org nangis jugak... org sedih sebab tak dapat jaga mak kat hospital..
org cakap, "mak, sori tak dapat jaga mak"
org cium mak, org peluk mak..
mak cakap "takpe, jangan nangis.. mak ok... mak paham.. ko kerja... tak sihat.."

Mak...
org nak isi borang pertukaran..
org nak dok melaka, atleast dekat dengan mak..
org tak pikir dah bos nak cakap apa..
sampai hati bos mak.... ada ke tadi dia tanya "macam mana org tua? koma ke?"
memang dia takde niat, tapi org sakit hati..
org rasa nak lempang je muka dia mak..

Mak...
org minta maaf tak jaga mak baik2 sebelum ni...
kalau tak, mesti mata mak tak teruk macam ni..
org memang anak yang tak boleh diharap..
abaikan mak selama ni...
sekarang baru org menyesal, tak jaga mak baik2..
org minta maaf mak.....
T_T

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."