Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

23 Disember 2011

BiaR MimPi SaMpai Ke BiNtaNg




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum...

haaa... sape yang tengok cerita ni malam tadi?  aku?? hmm.. aku dapat tengok separuh je..  bukan separuh, suku akhir je kot...  terlampau khusyuk mengerjakan rumah,  sampai terlupa ada cerita ni..  padahal aku dah dok menunggu dari awal bulan lagi nak tengok..

amboi...sampai tertunggu2 cerita ni keluar.. kenapa? haaa... nak bagitau la ni... sebenarnya, aku tertunggu2 la.. sebab ada cowok dari indonesia yang berlakon cerita ni.... sapa lagi kalau bukan hero idaman gadis2 remaja indon dan Malaysia... Randy Pangalila..


see!! cute kan.... hehehe...

aku memang minat Randy ni... yelah.... cute... hensem.... jambu2 sikit... tapi minat2 gitu je la.. xdelah fanatik sangat... yeke? hahaha... ok, berkenaan cerita ni... aku pon tak tau sangat la kan... sebabnya, aku kan tengok suku je... jadi meh baca sinopsis nya...


TELEFILEM romantik berkisarkan percintaan remaja ini menceritakan Alya (lakonan Elfira), seorang gadis yang menghabiskan masa dengan membantu ibunya, Peah menjual ayam di pasar borong. Alya juga seorang gadis bijak yang memiliki impian.

Namun ibunya lebih selesa Alya sekadar membantunya di pasar daripada memilih melanjutkan pelajaran. Peah juga lebih mengutamakan pendidikan anak lelaki, Adib yang dianggap lebih penting untuk membantu keluarga mereka pada masa akan datang.

Biarpun hidup miskin, Alya berkawan dengan Kinah yang kaya raya tetapi kurang bijak. Sementara itu, Andy (Randy) pula adalah seorang remaja yang berasal dari Indonesia dan anak jutawan. Bagaimanapun, kehidupannya terlalu bosan dan tak seronok.

Kehadiran ibu tiri, Jenny dan dikelilingi rakan yang hanya berkawan dengannya kerana dia anak orang berada membuatkan Andy kecewa. Justeru, bagi menghilangkan kebosanan itu, dia sering melawat bekas pembantu rumahnya, Mak Yam yang sudah berhenti kerja.

Latar belakang kehidupan Alya dan Andy yang berbeza membuatkan mereka cuba mencari kelainan dengan menyamar diri menjadi ‘orang lain’ di laman sosial facebook (FB) iaitu Alya adalah anak orang kaya dan Andy sebagai pemuda miskin.

Apapun, pertemuan mereka kali pertama sudah membuahkan bibit cinta pandang pertama. Bermula saat itu, pelbagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka hingga masing-masing semakin rapat dan tidak mampu menafikan perasaan yang hadir.

Andy berterus terang bahawa dia adalah anak kepada jutawan Hardiyanto Rasputra. Begitu juga, penyamaran Alya terbongkar dan itu mengecewakan Andy. Pemuda itu jauh hati dan menganggap Alya sama seperti gadis lain yang pernah dikenalinya.

Adakah cinta Andy dan Alya kembali bertaut? Apakah yang berlaku seterusnya dan bagaimana Andy boleh terluka dengan Alya. Jadi, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pastinya ada semua jawapan untuk persoalan yang berlaku.


Randy Pangalila & Elfira Loy

Nampak serasi sangat....


haa.. yang part akhir tu aku tau la... hehehe... biasalah.. kalau cerita cinta, ending dia mestilah happy kan... bukan main lagi... suka la heroin, dapat dipeluk cowok ganteng kegilaan ramai dari indon tu... mesti ramai budak2 remaja diluar sana tu jeles sampai pengsan.. hahaha....

harap2 ada la ulangan nya lagi.. aku nak jugak tengok dari mula..



psssttt : yeayy!! arini balik kampung.... cuti seminggu.... jadi, jumpa tahun depan...... 2012!!




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


3 ulasan:

Ifa berkata...

hehe..cite ni best la.. yg best c kina tula.. sengal2 ubi.. lawk gile..
t mesti ade ulangan.. igt x, kite kenal c ranga pangalila kat cite cinta kirana.. hehe

Ifa berkata...

eh slh..randy pangalila daa..

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

hehe...yang ranga tu hero ada apa dengan cinta la moos...hehe
aku pun suke cite ni..kelakar gile...dak kina tu sengal gile..waitress,angry,percent, proposal dan byk lg perkataan2 baru..hikhik...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."